10.07 pagi.
hari ini masih lagi kat Putrajaya. tapi tak g pon kat Hari Belia. hmmm.. nak berehat pulak lepas final ni. macam biasalah kalau dh final mesti banyak perkara sedih yang akan kita lalui.. kan? macam tulah setiap hari terakhir final. kalau semester 2 zyla sedih sangat sebab terpaksa berpisah dengan kakak-kakak senior, dan beberapa bulan lepas seorang abg senior zyla dah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. walaupun bekas kesedihan itu masih ada zyla buat selamba ajelah. kang sakit diri sendiri.
bila zyla fikir balik, perkataan " nak pergi", " balik" itu rupanya membawa kesedihan dan kegembiraan yang berpanjangan. next sem giliran zyla dengan kawan-kawan pulak untuk ucapkan "selamat tinggal" kolej. huaaaaa.. malas nak nangis awal-awal. tapi tak taulah kalau zyla menangis ke tak. sebab masa frm 5 dulu tak pulak menangis, siap kawan cakap " macam tak ada apa benda yang berlaku".. bukan tak sedih, tapi menangis dalam hati.. alahai biasalah ego macam nilah. malas laa nak join the club diorang menangis kang banjir pulak... tak pasal-pasal popular masuk berita!
dah sebulan kiranya zyal hanya mendiamkan diri. malas nak berkomunikasi dengan sesiapa sangat. trauma. kadang-kadang terfikir, kalau zyla tak boleh bercakap mungkin lebih baik kan? tapi menulis ni tetap bolehlah. tapi ini kurniaan Allah SWT , ciptaannya yang paling indah. dengan lidah kita mengucapkan sesuatu yang indah dengan lidah jugak kita mengucapkan sesuatu yang menyakitkan.
jahat ke kita kalau macam tu? rambut je sama hitam tapi hati lain-lain. mana ada hati yang sama. kalau sama itu kebetulan aje. kan?
insaf laa, kalau nak berkawan sekarang ni. zyla kabur dalam menilai siapa sebenarnya sahabat baik zyla. ada, tapi siapa sebenarnya. mesti ada yang terasa ek?.. hmm.. stress la bila fikir semua ni. persoalan bila nak berbaik dan berakhir dah tak ada dalam fikiran zyla. melayang entah ke mana.
apa yang patut zyla buat? bahasa ni memang agak merbahaya. nasib orang jarang nampak zyla. kang nampak bulak bahasa badan zyla yang tak berapa mesra ni..lagi orang terasa.
sebab tulah zyla jarang sangat nak online.baik baca buku je. habis cerita. tak fikir apa2. kan?
Saturday, May 26, 2012
Saturday, May 19, 2012
terharu~~~
8.52 malam.
ahaks! mood tengah terharu sangat ni... minggu final yang telah menghapuskan segala rasa mengupdate blog ditambah lappy yang tengah broken yang zyla alami menjadikan zyla salah seorang manusia yang hampir tidak mempunyai perasaan. yes perasaan!
owh tidak!!!! zyla rasa nak menangis... yes sekarang ni tengah menahan rasa kesedihan dan kesayuan yang teramat sangat... rindu! itulah ayat yang sering zyla dengar setiap kali zyla online kat FB!!! kenapa mesti ayat terindah itu diucpakan kat FB??? mesej laa zyla.. huhu ... memang banjir bangi ni...apapun terima kasih kepada setipa insan-insan yang mengucapkan ayat terindah itu.. walaupun bangi ni taklah jauh mana dari sarawak dan area semenanjung ni..zyla tetap rasa terharu.. walaupun sudah lama mereka tak menatap wajah zyla yang baget ni... tapi ingatan mereka masih kekal... terima kasih! Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur pada rahmatMU ya Allah, sesungguhnya perasaan sayang dan kasih ini terlalu indah KAU ciptakan untuk dirasai oleh setiap umatMU. Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, KAU titipkanlah rasa sayang dan rinduku kepada ahli keluarga, saudara mara ku dan sahabat-sahabatku.. sesungguhnya dikala kejauhan ini aku amat merindui setiap daripada mereka. Ya Allah, KAU lindungilah insan -insan yang aku sayang, moga aku boleh menatap dan memeluk mereka lagi. sungguh aku amat-amat menyayangi saudara ku kerana agamaku, Amin ya Rabal al amin.
betul-betul terharu sekarang ni.. tak tahu nak luah macam mana... tapi nak buat macam mana... terpaksa ku pendam jauh nun di dasar hati.. yeaks!! tak boleh jiwang2 malam -malam ni nanti tak dapat nak study law.. yes law... tinggal 2 je paper lagi ni...
Tuesday, May 15, 2012
rosak lagi!
8.56 am
esok paper final yang ketiga.. Taxation 1... sebelum mengulangkaji nak luahkan perasaan. luahan perasaan yang paling dalam. STRESS AMAT.. nape??? lappy rosak lagi... zyla pening laa macam ni.. ni masalah kipas kot.. nilah padahnya baik sngat jadikan lappy ini harta benda awam..disbabkan sekarang ni lappy tak penting untuk urusan belajar, ayah zyla langsung tak nak ambil endah! lepas fnal kalau nak repair baru boleh.. huhu..
satu lagi.. jeles nih! adik zyla dah balik sarikei.. sedangkan zyla?? merana sakit rindu kat sini... TAK TAHAN! nak balik...
apa lagi nak cakap ea??? tak ada benda nak cakap sebab mulut bagaikan terkunci sebab taxation ni banyak sangat benda nak dhafal... tulah yang sakit kepala aje..
semoga zyla dan sahabat-sahabat yang lain selamat berjuang! yeah! semester 4,5 dan sesi praktikal come to me... meh sini zyla habiskan korang... sdih tapi nak maklumkan jugak, selepas semester 5 dan praktikal zyla tak akan balik sarawak..
esok paper final yang ketiga.. Taxation 1... sebelum mengulangkaji nak luahkan perasaan. luahan perasaan yang paling dalam. STRESS AMAT.. nape??? lappy rosak lagi... zyla pening laa macam ni.. ni masalah kipas kot.. nilah padahnya baik sngat jadikan lappy ini harta benda awam..disbabkan sekarang ni lappy tak penting untuk urusan belajar, ayah zyla langsung tak nak ambil endah! lepas fnal kalau nak repair baru boleh.. huhu..
satu lagi.. jeles nih! adik zyla dah balik sarikei.. sedangkan zyla?? merana sakit rindu kat sini... TAK TAHAN! nak balik...
apa lagi nak cakap ea??? tak ada benda nak cakap sebab mulut bagaikan terkunci sebab taxation ni banyak sangat benda nak dhafal... tulah yang sakit kepala aje..
semoga zyla dan sahabat-sahabat yang lain selamat berjuang! yeah! semester 4,5 dan sesi praktikal come to me... meh sini zyla habiskan korang... sdih tapi nak maklumkan jugak, selepas semester 5 dan praktikal zyla tak akan balik sarawak..
Friday, May 04, 2012
bahagia buatmu.
sahabatku,
biar masa lalu itu telah menjarakkan kita,
namun ,
dalam hatiku
kau tak pernah jauh.
seringkali,
aku lihat dirimu,
seringkali ,
aku juga turut merasa kesedihan dan kegembiraanmu,
sahabat,
hari ini,
air mataku mengalir sebagai tanda syukur padamu,
biarpun mungkin tak ingin kau mendengar namaku lagi,
doa dan harapan ku,
tidak pernah pudar.
terima kasih Ya Allah,
mendengar doaku saban hari,
kegembiraan ini,
akan ku abadikan biarpun kau tidak mengetahuinya,
andai takdir pertemukan kita,
aku berharap
agar kebencian itu terhapus,
dakaplah aku
bila kita bersua.
semoga bahagia ini
terus menjadi milikmu.
Wednesday, May 02, 2012
kes naya ni.
7.23 pagi..
hari rabu dah ni... cepat sangat masa berlalu.
cermin mata sapa pulak ni??? zyla punyalah.. untuk pengetahuan zyla ni rabun jauh. power mata sekarang ni cecah 400++.. so kalau zyla tak pakai spec ni janganlah berkecil hati kalau zyla tak menegur.. hakikatnya zyla tak nampak!
apa kene pulak dengan spec ni?? kes naya semalam. sebelum maghrib tu zyla tak taulah mana zyla letak spec ni. tanggal je spec dah lupa dan melupakan celah mana zyla letak.. jenuh jugak mencari.. aish! lepas Isyak pun tak jumpa-jumpa.. alih-alih dalam pukul 10 malam ke atas baru jumpa. agak tension zyla dibuatnya. sejak dari kepala terhantuk hari tu, ingatan ni macam tak kuat pulak..
pasal spec ni mak selalu pesan kat kteorang adik beradik.. kenapa pesan untuk semua sebba semua pakai spec dah sekarang!.mak pesan " lepas pakai letak dalam box dia. tak hilang , tak calar" tapi zyla yang selalu lupa box dia kat mana... huhu.
zyla sendiri pun tak sure kenapa boleh jadi pelupa, zyla pun tanyalah EN Google kita.. EN Google cakap zyla mungkin jadi macam ni sebab:
- kadar darah gula tinggi... ( hah! baru check up hari tu.. doktor kata semua oky, cuma part kepala aje)
- kurang berehat ( dulu laa, sekarang tidur awal bangun awal macam biasa)
- metabolisme menurun ( kalau rehat cukup, makan cukup, senaman cukup, apa yang turun?)
- usia lebih dari 65 tahun. ( hah! tak logik! ayah zyla pun baru 53 tahun.. huhu, zyla tak genap 20 thn lg)
- mengalami tekanan ( dulu, sekarang ada masalah zyla mengadu dengan Allah aje..tak terasa sangat)
- mengunakan ubat alergi atau pil tidur ( ubat doktor kasi pun zyla tak makan .. aish!)
- terlalu banyak mengambil ubat ( mungkin jugak kot)
ada jugak sahabat zyla yang cakap mungkin sebab banyak mengira, menghafal yang buat jadi lupa. jujur zyla bagitau study account ni kadang-kadang stress. pecah kepala dibuatnya kalau apa yang kita buat tak seimbang. lagi-lagi benda lain banyak nak kene hafal.
doa ni pun zyla dah mula amalkan mulai sekarang. mana tau ada sahabat yang baca entri ini dan mungkin juga pelupa maca zyla.. elokkan dibaca doa ni.
ni pulak zyla jumpa tips untuk tidak menjadi seorang yang pelupa:
Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan memerlukan rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.walau kerja banyak mana pun zyla akan usahakan jugak untuk tidur tidur agak awal dan bangun awal, macam sekarang. pukul 6 zyla dah buka mata! cuma 2 bulan yang rehat zyla terganggu.
mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidaktenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfi kir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
yang ni pun sama. apa jua masalah zyla akan bawa bertenang. tak mau tension2... cubakan untuk tersenyum.. dan mengadu dengan DIA... mmglah kadang-kadang tak dapat kalau diri, tapi sahabat sentiasa ada kat ssi untuk membantu.
Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Vitamin atau Makanan Tambahan Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.zyla tak pernah ambik makanan tambahan.. walaupun pernah masuk wad pun tak prnah nak sentuh makann tambahan ni.. nasi pun susah nak habiskan ni lagi yang lain.
Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.berjalan kaki?? sejak sekolah lagi zyla suka jalan kaki, badan tetap fit ni.
Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.murung??kejap aje... tak akan jadi kalau nak murung-murung ni kalau dengan kak fara! habis zyla nak gelak aje dibuatnya...
Awasi Pengambilan UbatDaya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.mungkin ubat yang zyla tak makan (kebanyakkan ubat makan bila perlu) akan dipulangkan balik kat hospital atau klinik.
Belajar Sesuatu yang Baruan anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.sesuatu yang baru semester ini bahasa arab! walaupun tak berapa fasih bercakap zyla tetap cuba jugak untuk menguasai..
Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda
.game??? zyla tak minat sangat. dan pelik macam mana angry bird boleh ada dalam laptop zyla. kalau jumpa dek nadia ni habis lah zyla. kalau dengan bermain game akan jadi tak lupa zyla akan cuba jugak! sony txt pro zyla je yang tak banyak game.Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fi kiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fi kirkan.fokus??? tengah fokus laa ni sampai sahabat cakap zyla angguk aje.. kadang2 zyla susah nak fokus kalau kepala diserang pning.
Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.insya allah! akan semakn banyak membaca...
Bermain Dengan AngkaAsahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.hah! memang tengah ptaktika sebagai techinican account laa ni... hari2 mengira. ada jugak lah zyla tak lupa. Katakan Berulang KaliUntuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.tak pernah buat yang ni... cuma catatkan aje kat buku note. akan cuba jugak.Membaca Al-QuranSekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.sedang usahakan yang ini!
banyak kelemahan yang zyla kene pebaiki sekarang ni.. tak kanlah nak mengharap kat orang je kan??? so appaun semoga zya berjaya mengurangkan penyakit lupa tu aje cuma satu je zyla harap agar sesiapa pun jangan ubah apa yang dah jadi kebiasaan zyla.. kalau benda tu buruk bagi anda tapi dah biasa untuk zyla jangan sesekali tukar kepada yang baru.. its mine! kadang-kadang perkara yang itulah yang zyla sentiasa ingat. so please, jangan ganggu apa jua yang telah ditetapkan oleh zyla... zyla nak bersuara kang cakap baget pulak.. tapi sekarang ni kene bersuara jugak! i dont care whatever u want to say.
Tuesday, May 01, 2012
5 minit jadi 5 jam.
7.53 morning.
waseh! ini cerita semalam. malam tadi memang menaip entri tapi tak larat nak mengarang karangan bahasa melayu dah. mata nak tutup aje.
semalam lepas jumpa ayah, zyla terus pecut g Giant. nape?? adalah urusan yang ayah suruh buat. dengan level of confident yang terlalu tinggi zyla pun gerak laa dengan hanya bawa dompet, hp and kunci.. semua benda-benda kecik tu zyla letak dalam poket seluar. sempoi. malas nak bawa beg kalau tak perlu.
mula-mula hajat zyla nak withdraw duit ni.. dah depan mesin ATM... zyla carilah kad ATM zyla.. cari punya cari, sah tak ada!.. terkejut zyla... aish! nilah jadi .. malam sebelum tu zyla tak letak balik kad ATM bila zyla keluarkan.. masak zyla! nak balik tak dapat sebab duit tinggal rm 5.. zyla terus dail number toiletmate zyla Ain.. nasiblah dia boleh membantu.. lepas tu masa nak bayar teksi zyla, boleh pulak duit zyla ngam-ngam RM 6 nk bayar teksi.. aish! lagi zyla pelik.. bukan hanya RM 5 je ke tadi??? huaaaaaa... rasa nak jeit aje. apa kene dgn kepala zyla, zyla pun tak tahu!
lepas apat kad ATM tu terus g buat apa yang suruh. selesai!
* penyakit lupa zyla memang dah semakin teruk. zyla bukan selalu makan semut la! mungkin sebab dulu banyak menghafal kot... lagi2 sejarah punya nota kan.. aish! memang lah kalau nak menghafal tu payah sangat bagi zyla.. kalau nak hafal pun sikit aje, yang lain zyla goreng berdasarkan kefahaman zyla. dahlah zyla ni study account. kalau pelupa macam ni teruk zyla bila praktikal nanti. ketelitian adalah amat peting masa nak prepare account. lagi-lagi kalau cahsflow, note to account, termination. dan segala macam laa.. kalau bukan financial, taxation pun perlu banyak mengingat.. aish! payah macam ni!
sambung pulak story.. dah alang-alang kteorang sampai Giant... memang menjalankan "misi-misi" penting lah.. disebabkan dah tengah harri so kteorang plan landing kejap ke MCD... sambil-sambil tu si Ain ni dok kemaskini assgnment Taxation kteorang. zyla pulak buat apa? alah! makan lah! kenyangkan perut.
lepas meluangkan masa 3 jam kat MCD kteorang jalan-jalan cari tudung ala-ala alas meja tapi tak beli.. haha.. zyla tak berapa nak berkenan sangat tudung ala-ala alas meja tu. kalau nak shopping pun biarpun duit ada, better tunggu mak zyla datang sini. biar dia yang pilihkan mana yang sesuai untuk zyla. lagi best! dari plih sendiri. memang sah tak beli apa-apa , kteorang masuk kat bahagian lain pulak.
.
lepas meluangkan masa 3 jam kat MCD kteorang jalan-jalan cari tudung ala-ala alas meja tapi tak beli.. haha.. zyla tak berapa nak berkenan sangat tudung ala-ala alas meja tu. kalau nak shopping pun biarpun duit ada, better tunggu mak zyla datang sini. biar dia yang pilihkan mana yang sesuai untuk zyla. lagi best! dari plih sendiri. memang sah tak beli apa-apa , kteorang masuk kat bahagian lain pulak.
hah! kteorang jalan-jalan tak ada hal kat bahagian alatan rumah... dan zyla terjumpa kolam plastik ni..nape?? apa kene mengena dengan zyla?? sebab dulu masa kecik-kecik zyla dan adik-adik suka sangat mandi kat luar.. beria-ia je nak tolong mak siram bunga.. sekali tengok mandi terus sebelum maghrib. dulu kteorang ada satu kolam plastik ni. tapi yang ni kecik sangat hok kteorang tu besar.. muat untuk yang besar tak sedar diri kalau nak join kteorang mandi sekali.. masa kecik memang hebat lah kteorang punya skill berenang! dulu lah.. sekarang ni memang gagal dah..
rasa macam dah tak tau nak buat apa kat situ, kteorang turun bawah pulak, beli bahan nak masak malam nanti. kalau tak beli tak makanlah.. haha..
satu lagi cerita pasal troli.. barang nak beli ringan aje, bukan besar pun.. tapi kenapa zyla g ambik troli ni.. ?? sebab nak letak laptop ain... haha... dah orang tak ramai yang pakai troli tu zyla guna jelah.. daripada jadi perhiasan lebih baik zyla guna kan??? haha.. hanya semata-mata sebab malas nak bawa laptop zyla ambik troli. aish! kalau rasa nak buat misi giler, boleh ajak zyla.. sebab apa?? sbb apa zyla buat semua bukan dalam perancangan.. spontan aje. tapi jangan malu sudahlah. haha
tapi sebelum nak balik kteorang ditimpa satu lagi hal.. kad ATM ain pulak yang lekat dalam mesin.. haha.. nape zyla gelak?? sebab bukan jadi hal derr.. ambik aje pemotong kuku , tarik sudah. tak payah nak gelabah. hidup kene banyak cara nak settle masalah oky!
malam tadi memang kenyang laa zyla dengan ain ni makan..
marcaroni... hah! sedap lagi lazat... nyam2.. nilah anak dara punye kerja.. semua nak simple aje.. tak kisahlah.. malam tadi kteorang jadi vegetarian kejap.. macam mahal aje kan... tp cost untuk semua bahan-bahan ni hanyalah RM 12 sahaja. ada lagi lebih bahan-bahan tu. kalau nak buat lagi.. pun boleh. tapi semalam zyla tambah 2 kali aje..
okeh! siap sempurna entri hari ini. asal celik mata aje zyla terus update blog.. tabiat apa ni, zyla sendiri tak tahu.. memandangkan dah nak habis masa study week ni, fb zyla telah ditutup buat sementara. adik zyla pun buat macam tu. cuma page untuk sakura ni aje zyla tak off.. jangan ada orang fikir zyla dh remove diorang sudah.. debik kang ! nak update blog memang semestinyalah! diari ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)