sedang seorang ayah lena dalam tidurnya.. bayinya yang berusia 2 bulan yang sedang koma dan berada di dalam wad ICU datang menemui ayahnya dalam mimpi.
"ayah, mengapa keadaan aku begini? di usiaku begini, aku sepatutnya lena didalam pelukan dan belaian mu dan ibuku. Ibu mengandungkan aku dengan penuh kasih sayang selama 9 bulan 10 hari, membawa perutnya yang besar ke sana ke mari walau sehingga kakinya bengkak dan dalam masa yang sama dia turut menjaga mu ayah. Tanpa ada sedikit pun rungutan darinya. tapi mengapa pada saat aku lahir, aku harus begini, ayah???? aku sedih ayah. melihat ibu yang menangis disisiku. aku rindu belaian nya rindu pelukkannya. aku juga amat sedih melihat ibu yang tidak berpeluang untuk menyusukan aku, mengertikah kamu ayahku, deritanya ibu apabila aku tidak menghisap susunya.. tahukan ayah, betapa pilunya hati ibu saban waktu apabila dia hanya mampu untuk memerah susunya buat aku setiap hari? ayah, aku jadi begini berpunca darimu. tahukah ayah bahawa setiap batang rokok yang ayah hisap setiap hari di masa bujang dahulu telah menjadikan aku sebegini? adakah di saat ketika zaman remaja ayah dahulu ayah langsung tidak pernah memikirkan kedatangan aku dalam hidupmu ayah?? pastinya tidak, jika ya kau memikirkan aku yang bakal lahir pastinya ayah tidak akan menyentuh rokok. aku sungguh sedih ayah!" bayi berusia 2 bulan itu berlalu pergi meninggalkan ayahnya.
sejurus sahaja si ayah bermimpi tentang bayinya, dia segera ke hospital. dia mahu memeluk bayinya dan meminta maaf.. dalam perjalanan si ayah mendapat panggilan dari pihak hospital mengatakan anaknya sudah ditahap kritikal.
belum sempat si ayah mahu memeluk bayinya dan melafazkan kat maaf pada bayinya yang masih bernafas dia melihat doktor telah menanggalkan segala wayar dan bantuan pernafasan dari badan kecil bayinya itu.
beberapa minggu setelah pemergian bayinya. si ayah bertanya kepada si ibu.. " wahai isteriku, mengapa sejak akhir-akhir ini aku lihat kau sering kesakitan. ?" .. si ibu memandang pilu suaminya. "suamiku, aku sering kesakitan apabila air susu ku ni tiada bayi yang menghisapnya lagi." si ayah terdiam.. dia terlalu memahami maksud isterinya itu.. tiada juga lagi untuk disesali kerana kesilapan lampau telah memakan dirinya sehingga hari ini.
oky! cerita ni zyla dapat dari pengalaman sendiri.. melihat, mendengar dan memahami sendiri situasi yang berlaku disekeliling zyla..2,3 hari ni zyla memang banyak baca info tentang bahaya rokok ni.. tak baca pun kita sendiri dah tahu kan??memang zyla pun tahu banyak kawan lelaki zyla yang merokok.. ni yang rasa nak geleng kepala ni. ada yang mengaku kalau tak merokok tak macho!!! owh yeah??? zyla rasa nak bagi dia .. *SD#$%^& je. ish2. macho!!! sori to say oky.. bagi zyla tak ada machonya... kita semua pun dapat bezakan lelaki yang merokok ataupun tidak bukan???
apa yang best sangat dengan merokok sebenarnya?? bukan dah terang tang tang ke kat kotak rokok tu tulis amaran kerajaan dan kesan merokok... tak adalah zyla ni nak suruh berhenti serta merta.. tp berusaha untuk berhenti merokok.. melakukan sesuatu yang memudaratkan diri pun Allah tak suka tau! lain laa kalau korang memudaratkan diri dengan belajar sampai tak ingat dunia kan2??
zyla terima alasan kalau lelaki nak cakap itu cara diorang nak release tension. sbb kebanyakkan lelaki dan normalnya seorang lelaki mereka ni bukan macam perempuan kan2?? kalau perempuan ada masalah, tu haa wall FB dah macam nak retak dengan status entah apa2.. tapi lelaki, diamkan diri dan try buat benda lain untuk lupakan masalah.. itu zyla faham! tapi selain rokok ada benda lain kan korang boleh buat kan??? rokok tak tenangkan hati laa! tak membantu pun..
sahabat zyla sendiri pernah menyalahkan ayah dia disebabkan keadaan fizikal dia sekarang ni.. so korang kaum Adam yang merokok, masih nak lagi ke merokok???? sedarlah, merokok tu tak bawa korang kemana pun...
ada yang tak puas hati dengan entri zyla kali ni??? duduk laa dekat hospital selama 3 hari je cukup.. tengok berapa ramai yang sakit sebab rokok.. dan lepas tu korang buat penilaian sendiri.
zyla tak anggap yang merokok ni jahat tapi tak sayang diri sendiri. orang lain tak merokok jaga kesihatan elok2 pun kene penyakit jugak tapi yang sah2 merokok siang malam memang dah cnfrm hari tua nanti korang mudarat itu akan terasa juga ... so sebelum keadaan menjadi semakin teruk, bermula dari saat ni try untuk mengurangkan kekerapan merokok dalam satu hari. bukan lelaki je yang merokok tp perempuan pun sama.
baca info ni( click sini>>>) kesan ayah merokok
menegur tak bermaksud benci tapi memang kenyataan semua orang tak suka ditegur..percayalah jika orang yang menegur sebenarnya mereka sayang dan ambil berat. kalau yang tak pernah kene tegur teruk zyla yakin korang tak akan memahami macam mana nikmatnya kalau kita terima teguran dari seseorang.. macam yang pernah zyla alami dahulu.. tak rugi, Insya Allah selamat dunia akhirat. terima kasih senior sebab teguran yang berguna tu.. zyla janji akan maintain macam ni sampai bila2. walaupun kita tak pernah berjumpa lagi.

2 comments:
selaku seorang perokok memang tak dinafikan bahaya rokok tu..namun disebabkan habit susah skit nak tinggal..hehehe..tapi dari smoking skunk sy dah beralih kepada vaping..ia lebih best..hehehe
Regards,
-Strider-
katakan tak nak pd rokok...
sea_lavender tak selesa mereka yg merokok
Post a Comment