Tuesday, March 06, 2012

senyum,muzik dan kaitannya dengan jantung.

assalammualaikum.. 





Masa nak cari idea untuk buat assgment, zyla belek-belek Majalah Remaja keluaran baru.. alah, sekarang ni cover page guna gambar Tiz Zaqyah.. (^_^). yelah kalau nak cari idea, tak boleh nak fikir je.. tapi kita kene rajin, korek sana sini sumber yang berguna.. kalau nak cari design, zyla prefer korang selalulah belek-belek majalah.. memang korang akan dapat banyak idea.dan jugak korang kene pandai machingkan  dengan colour sbb colour ni boleh memberangsangkan otak kita.  kalau nak cari idea yang berkaitan dengan presentation, of course nak cara penyampaian yang baik dan idea2 yang bernas kan?? kalau nak isi lebih mantap untuk presentation, selalulanya membaca dan berbincang dengan orang sekeliling. sebabnya kadang-kadang kita tak sangka yang idea boleh datang walaupun hanya berbual dengan mak! 

bukan pasal idea zyla nak kongsikan tetapi tips yang zyla baca dari Majalah Remaja.. so mana tau ada yang jarang beli majalah atau tak ada masa nak belek-belek majalah, zyla dengan senang hatinya nak kongsikan info yang berguna ni..

kalau nak tahu, zyla ni memang jenis yang suka dengar muzik.. kirannya tak boleh pisah dengan muzik laa.. sbb tu blog pun ada lagu.. sekadar penyedap hawa telinga. Setiap pagi dan malam sebelum bangun dan tidur, zyla akan dengar lagu sebelum bangkit dari katil.. knapa?? sbb, sebelum baangkit dari katil mesti kita rasa mamai kan?? kalau dengar lagu at least hati kita akan terhibur.. lagi2 kalau dengar lagu fav mesti kita tersenyum lebar! betul tak?

tapi, mengikut sumber dari Majalah Remaja:

Satu kajian telah dilakukan ke atas 24 orang lelaki dan perempuan oleh sekumpulan pengkaji dari Itali dan British. Menerusi kajian itu, mereka diperdengarkan dengan 6 jenis muzik yang berbeza. sambil mendengar, kadar degupan jantung , tekanan darah dan pernafasan mereka diawasi. Sepanjang Muzik itu dialunkan , degupan jantung dan kadar pernafasan meningkat secara normal dan saat muzik berhenti, tekanan darah juga menunjukkan tahap optimum yang memberangsangkan. 

sekarang zyla serba sedikit dah faham kenapa zylla ni sihat sangat.. kiranya setiap kali zyla dengar lagu waktu pagi, degupan jantung dan kadar pernafasan zyla meningkat secara normal.. dan setiap pagi itu  zyla akan rasa lebih bertenaga daripada hari sebelumnya!

sekarang ni zyla nak tanya korang pulak.. berapa orang yang membaca ni adalah mereka yang susah untuk tersenyum??? ish2.. zyla berharap sangat orang disekeliling zyla adalah mereka yang suka tersenyum.. sbb nye, senyuman ini pun satu senaman dan  baik untuk kesihatan jugak.. so baca fakta ini pulak:

mampukah anda tersenyum atau ketawa dalam kesedihan? (yap, zyla mampu! dan mampu buat orang lain tersenyum dan ketawa jugak!). Tentu sukar rasanya berbuat demikian. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam temph 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal initerjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. kemudian kedua-dua kadar ini akan menurun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum kau ketawa. 

ketawa 100 sekali dalam tempoh 24 jam?? huh! mampukah?? zyla admit zyla memang budak yang suka buat lawak dan gelak.. so mulai esok zyla akan kiralah berapa kali zyla gelak.. haha.. mak selalu pesan jangan banyak sangat gelak tak elok.. jadi kesimpulannya adalah.. tak semua fakta kita boleh ikut... ini pun zyla sekadar berkongsi untuk menambahkan pengetahuan. semoga yang sudi membaca akan mendapat manfaat. 

1 comment:

✿Gucciey Lavender✿ said...

huhu .. yup2 .. betul tu :)