Tuesday, July 17, 2012

lama giler!

assalammualaikum,

lama giler rasanya zyla tak lepas gian kat blog ni. rasanya macam dah berkurun abad lamanya tak update.. sekarang ni pukul 10.13 minit pagi zyla kat lab kolej dan tengah orang ramai zyla buat tak malu je nak update blog. sumpah rindu giler dengan blog. lama tak buat blogwalking.. entri kali ini bukan nak cerita pasal kenapa tak update blog.its normal things yang akan jadi.. busy!

sekarang zyla dah kat final semester.. so next semester will be my practical session.. semua tu belum nak fikir lagi.. and the most thing yang perlu zyla tulis adalah semester ini semua subjek kene cari bahan maklumat sendiri. dah tak boleh nak tunggu lecturer bagi input jugak. dah besar kan.

tp syukur alhamdulillah cuti selama sebulan lepas banyak jugak hajat dan janji yang zyla dah tunaikan... akhirnya.. lega sudah rasa dihati.. cuma tak pernah berhenti berharap nak tatap wajah insan yang paling zyla rindu dan sayang selama ni.. lama giler tak jumpa dia.. nasib zyla tak jadi giler aje.

dah 4 bulan rasanya zyla jarang nak singgah facebook , blog and twitter.. aduh.. kepala saya serabut dan tak nak makin serabut dengan masalah orang lain.. itu diaorang punya pasallah.. alhamdulillah semuanya dah beransur pulih,.

cuma nak bagitau pendapat zyla tentang berita / isu yang zyla dengar kat hot fm pagi ini. next year all the students in secondary/ primary  dibenarkan bawa handphone! huh! the reason is senang nak komunikasi dengan parents! mengada-gada betullah budak generasi y sekarang.. macamlah tak tahu nak BBM dengan pakwe/makwe masing-masing... patutnya tak perlu pun nak dibangkitkan isu ini. buat apa orang cipta telefon awam tu.. alah,bawa jelah duit syiling, masih boleh call parents ape.. dari pengalaman zyla yang tak tua sangat, masih manja dan mengada-ngada ni.. semua perkara ni seperti handphone, ipad akan membuatkan pelajar tak fokus.. zyla sendiri dulu tak bawa handphone semua tu tetap tak boleh fokus 100% dalam kelas... pleaselah kerajaan , jangan benarkan budak-budak sekolah nak bawa handphone.. buat sakit hati cikgu aje.. baik belajar sendiri kat rumah.. dan untuk yang masih study kat sekolah tu, fikirlah sendiri akibat untuk korang. yang melarang pastinya banyak sbb mereka tahu idea membenarkan pelajar bawa handphone mmg tak relevant langsung. nanti dah masuk kolej, universiti.. nak dengar hp berbunyi pun mesti korang fed up bila kerja banyak... 

membebel aje kerja zyla.. itulah gunanya blpg.. bebel lah apa korang suka.. 

2 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

yup sy stuju mmg tak sesuai bebudak sekolah bawak hp kesekolah..zaman sy ok jer tak bawak hp pgi skolah...=p

utk kamu goodl luck utk final sem nie ye..study rajin2...ehehe..wish u all the best...(^____^)

Izzati Liyana Sabri said...

yep, idea tu memang mengarut. budak sekolah kot. banyak benda mengarut yang dorang boleh buat.

btw, saya kalau busy cuma tak update blog je. fb, twitter still lagi berjalan seperti biasa. hehe.