Monday, May 20, 2013

Akhirnya tamat jugak

Assalammualaikum,

Lega! Akhirnya hari yang ditunggu sekian lama tiba jua. Zila telah melaksanakan tugasan terakhir sebagai pelajar semester 6

sungguh tak sangka susah senang selama ni berbaloi jugak. Teringat lagi saat pertama mahu tinggalkan keluarga, saudara dan sahabat .

Semester 1,2,3,4,5 menyimpan pelbagai kenangan dan memori sepanjang di Bangi.

Zila berjumpa dengan pelbagai ragam sahabat yang ada kalanya mencubit dan mencuit hati zila. Kini selepas semuanya berakhir zila faham mengapa harus lalui semua ini.

Mungkin bagi orang lain, apa yang zila laksanakan ini adalah sesuatu yang masih remeh dan tidak setanding dengn orang lain. Tp, zila nak ucapkan trm ksh kepda family , saudara, sahabat, cikgu, pensyarah dan family angkat zila yang sering ada untuk ambk berat tentang zila sepanjang berada di perantauan ini.

Insya Allah hati zila tak akan lupa dengan kebaikan mereka yang membantu zila. Tak terucap dek kata2.

Terima kasih semua.

Thursday, May 02, 2013

Kerana NURUL

Assalammualaikum

Aduh,mencurah-curah pulak idea nak update blog malam macam ni.

Bermula kisah minggu lepas.dapat berita dari senior zyla Nurul Shafiqah dia datang KL nak pergi pesta buku. Meloncat kegembiraan pulak zyla.

Lepas tu, hati ini tergerak nak kontel balik dengan Nurul Atiqah, kawan sekolah dulu. Sekali dia pun bagi Zyla kejutan nak datang Kl jugak!

Kali ini kepala zyla pulak yang pusing.sabtu dan ahad zyla bakal penuh kembali.walau memang tak cukup rehat zyla gagahkan jugak untuk jumpa diorang.

Tapi Nurul Atikah pulak ada buat kenduri, disebabkan zyla duduk rumah dia kenelah tolong.

Kelam kelibut memanglah terasa sangat. Tapi zyla rasa puas dan bahagia sebab dapat jumpa kakak yang paling zyla rindui.

terasa macam sekejap aje masa berlalu, tak lama lagi zila bakal mengakhiri pengajian ini.

Kisah Facebook

Assalammualaikum,

Sementara nak menunggu giliran kat bank ini, zyla nak ambik kesempatan untuk ceritakan apa yang terjadi semalam.

Pagi awal dah bangun, tujuan nak hantar mak cik dan pak cik ika ke airport untuk mengerjakan ibadah umrah.

Lepas tu tengah hari kteorang terus balik ke keramat. Yelah semua pun tak cukup rehat. Zyla pun sudah mula diserang sakit perut.

Bila dah sampai dan susah nak lelap, zyla layan matlutfi.mana tau mengantok. Tapi terkejut sebab kawan infrom ada benda jadi kat facebook Fathin Fazyla. Oh!apa dah jadi?? I question myself. Try login berkali2 tak dapat.sah fb dah kene hack.

Entah siapalah yang rajin buat onar kat facebook kesayangan zyla. Memalukan zyla betul!

Mesti korang fikir boleh check melalui email kan? Memang boleh, tapi semua perlu tahu Facebook tu dibuka oleh kakak senior zyla. Dan zyla hanya menggunakan email tersebut dengan fb tak pernah bukak official email gmail.

Syukur alhamdulillah sebab ada qayum,gong chan,atikah,atiqah,hafiz dan fahim sebab backup zyla.

Kawan qayum try tolong semalam dan kene tunggu 24 jam baru boleh bukak balik. Tapi keputusan telah dibuat.tak akan ada lagi facebook milik zyla.

Kenapa password zyla senang sangat orang heck sebab zyla tak pakai password yang panjang. Zyla tak boleh nak ingat kalau password tu bukan berkaitan dengan sakura.