assalammualaikum,
pagi ini zyla terlewat bangun! mungkin sebab semalam zyla terlalu letih dengan kerja mengira.. mana taknya petang tu kawan ajak main badminton. ambik kau!! disebabkan tekanan yang akan mendalam zyla lepaskan semua kat bulu tangkis tu.. memang berbulu lah kawan zyla main dengan zyla kan.. macam orang tak ada perasaan.. haha,... kalau tok guru Misbun Sidek tengok cara zyla main mesti dia tanya... "awat hang tak tunjuk bakat awal-awal, kalau boleh mesti ganti Datuk Lee Cheng Wei.".. haha... sebab semalam terlebih keluarkan tenaga. dan pagi ini pulak bukannya zyla ada kelas pun.. tapi nak perbetulkan mana-mana yang tak betul dengan Coordinator kolej..haha.. ayat tak boleh blah pagi nikan.. dan satu lagi kejutan bila zyla tak boleh nak sign ni tadi,... ni nak jadi moha ni... nasib baik dapat jugak login ini..kalau tak zyla dah layan sendu sorang-sorang.. dah lah semalam pun layan sendu..
anyway, zyla boleh tersenyum comel pagi ni bila tengok ruang chat. terima kasih kepada yang sudi menjenguk. rasanya awal tahun ni zyla memang tak sentuh lappy sangat..nervous sangat laa semester ni.. ni pun zyla mengambil kesempatan waktu dan kemudahan menggunakan pc kat kolej..itula gunanya bayar yuran kan?
kalau ada yang jadi pembaca setia tu, zyla minta maaf banyak-banyak.. kali ni zyla kena abaikan sakura ni buat pertama kalinya..uhu.. sodeh ni. lagi pun ada ketikanya zyla rasa tak perlu zyla terlalu banyak menulis kan? kalau semua yag berkaitan dengan kehidupan seharian zyla.. dan zyla berharap tahun ni zyla ada masa untuk ke MIRI! oh yeah! adik bongsu zyla, Farah Nadia tu pulak mengada-ngada nak ikut..tak pe, bawa je dia bukan luak pon.
apa lagi zyla nak tulis ni??? hnm... tak ada apa-apa yang terlalu penting. kalau ada pun zyla perlu minta izin dengan mereka yang berkenaan untuk tulis pasal mereka. (^_^). so sekarang ni sila consider zyla dalam keadaan baik-baik saaja.. tak ada lagi Gudmorning and sweet dream lepas ni.. Insya Allah zyla akan tidur dengan lena.
zyla tak sarapan lagi ni.. dah pukul 10 ni...
dialong tak boleh blah..
seseorang: kau belajar kat mana?
zyla: bangi
seseorang: bangi kat mana?
zyla: (soalan masi boleh diterima). selangor.
seseorang: selangor kat mana?
zyla: (soalan ni tak boleh terima!). kerutkan dahi!
p/s: zyla ni gatal sangat kan sekarang ni.. terlebih baca entri .ok2.. tak nak mengaku mungkin itu zyla.. tak apela.. tak luak pun kalau itu bukan zyla.. tapi kalau itu zyla? eee!!! jangan bagi zyla layan sendu lagi bole tak..??? zyla dah tak mampu.. kalau betul itu zyla.. please.. cari zyla.. call ke, inbox kat fb ke.. please!! i need to knw..
No comments:
Post a Comment