Wednesday, February 29, 2012

aku tahu

assalammualaikum,....


aku rindu kamu juga sahabatku,

akhirnya,

Allah sampaikan juga salam rindu zyla padanya..

semoga kau berbahagia dan sejahtera selalu. 

aku bahagia.


Thursday, February 23, 2012

hanya sementara

assalammualaikum..

hari ini zyla ditemani dengan kebosanan dan kak Fara yang setia disisi, zyla dengan ini rela tanpa paksa untuk menaip entri ni.tak tahu apa yang sepatutnya zyla merepek.. so zyla nak kongsikan apa yang zyla dapat masa join Forum kat Uniten hari tu... (sebenarnya dah tak ingat tarikh tu)





5 Key to Your Man.

a) He need your sincere respect
b) he needs to feel sexually needed by you
c) he needs you adventurous companionship
d)he needs you to grant him sexual satisfaction
e) he needs you to pray alongside with him.


5 Key To Your Wife

a) She needs you to express you love through words and action
b) she needs you to lead her during every daily prayers.
c) she needs you to share the hardship in pregnancy, labour pain in breast feeding.
d)she needs you to accept and respect her parents and family.
e)she needs you sincere compliments on her natural beauty and glow.

okeh! apa yang zyla share ni bukannya khas untuk suami isteri sahaja.. dan jangan nak kata zyla gatal nak kahwin awal tau! ni sekadar untuk pengetahuan jugak.. husband and wife pun perempuan dan lelaki jugak kan??  dengan memahami benda-benda macam nilah kita boleh ada taktik nak memujuk.. haha.. betol tak?? tak betol?? ni mesti korang tak ada aura nak memujuk ni..haha..



cuma apa yang zyla nak cakap pasal tajuk entri zyla kali ni adalah.. semua keadaan yang zyla hadapi sekarang cuma sementara sahaja.. amin!.. memanglah nampak macam biasa.. tapi hati siapa yang tahu kan? percaya pada Janji Allah itu pasti.. so kak Fara dah ajak zyla keluar dari lab ni.. mohleh kita keluar dari lab yang tak berapa nak sejuk ni.. haha.. (mengutuk no satu budak ni!)

Wednesday, February 22, 2012

terpaksa tanpa rela.

assalammualaikum..

dikala tengah malam yang penuh dengan kedinginan ni zyla mengambil kesempatan waktu yang bagaikan terlalu suntuk bagi zyla untuk menulis disini..mula-mula sekali zyla nak bagitau.. zyla dah tak tahu apa benda yang jadi sekarang ni.. hati tengah berperang dengan perasaan yang zyla sendiri pun tak tahu apakah perasaan ni.. cewah! ayat poyo.. padahal dah dekat nak test ni.. itu yang nervous semacam.. gila lah weh!!!! aduh.. so untuk mengelakkan zyla kecundang, zyla harus mengnepikan segala macam perkara yang tak penting. adakah tak penting???? itu lagi satu hal..

okeh2.. malam-malam ni tak mau bebel panjang2.. zyla nak sambung buat taxation,... mybe pukul 2 pagi tidur.. haha.. esok jangan doakan zyla jadi panda pulak.. esok sepatutnya serahkan draf utk proposal, tapi apa yang zyla buat?? pagi esok masa nak serah tu baru nak kerah kepala dan idea ni.. haha.. itu baru hebat! wah! lama tak dengar ayat tu.. hebat! 

semoga sakura ni akan mekar di hati zyla.. (^_^).. i need to go!

Monday, February 20, 2012

catatan harian

assalammualaikum,

pagi ini zyla terlewat bangun! mungkin sebab semalam zyla terlalu letih dengan kerja mengira.. mana taknya petang tu kawan ajak main badminton. ambik kau!! disebabkan tekanan yang akan mendalam zyla lepaskan semua kat bulu tangkis tu.. memang berbulu lah kawan zyla main dengan zyla kan.. macam orang tak ada perasaan.. haha,... kalau tok guru Misbun Sidek tengok cara zyla main mesti dia tanya... "awat hang tak tunjuk bakat awal-awal, kalau boleh mesti ganti Datuk Lee Cheng Wei.".. haha... sebab semalam terlebih keluarkan tenaga. dan pagi ini pulak bukannya zyla ada kelas pun.. tapi nak perbetulkan mana-mana yang tak betul dengan Coordinator kolej..haha.. ayat tak boleh blah pagi nikan.. dan satu lagi kejutan bila zyla tak boleh nak sign ni tadi,... ni nak jadi moha ni... nasib baik dapat jugak login ini..kalau tak zyla dah layan sendu sorang-sorang.. dah lah semalam pun layan sendu..

anyway, zyla boleh tersenyum comel pagi ni bila tengok ruang chat. terima kasih kepada yang sudi menjenguk. rasanya awal tahun ni zyla memang tak sentuh lappy sangat..nervous sangat laa semester ni.. ni pun zyla mengambil kesempatan waktu dan kemudahan menggunakan pc kat kolej..itula gunanya bayar yuran kan?

kalau ada yang jadi pembaca setia tu, zyla minta maaf banyak-banyak.. kali ni zyla kena abaikan sakura ni buat pertama kalinya..uhu.. sodeh ni. lagi pun ada ketikanya zyla rasa tak perlu zyla terlalu banyak menulis kan? kalau semua yag berkaitan dengan kehidupan seharian zyla.. dan zyla berharap tahun ni zyla ada masa untuk ke MIRI! oh yeah! adik bongsu zyla, Farah Nadia tu pulak mengada-ngada nak ikut..tak pe, bawa je dia bukan luak pon.

apa lagi zyla nak tulis ni??? hnm... tak ada apa-apa yang terlalu penting. kalau ada pun zyla perlu minta izin dengan mereka yang berkenaan untuk tulis pasal mereka. (^_^). so sekarang ni sila consider zyla dalam keadaan baik-baik saaja.. tak ada lagi Gudmorning and sweet dream lepas ni.. Insya Allah zyla akan tidur dengan lena.

zyla tak sarapan lagi ni.. dah pukul 10 ni...




dialong tak boleh blah..


         seseorang: kau belajar kat mana?
         
          zyla: bangi

        seseorang: bangi kat mana?

         zyla: (soalan masi boleh diterima). selangor.
   
        seseorang: selangor kat mana?

        zyla: (soalan ni tak boleh terima!). kerutkan dahi!


p/s: zyla ni gatal sangat kan sekarang ni.. terlebih baca entri .ok2.. tak nak mengaku mungkin itu zyla.. tak apela.. tak luak pun kalau itu bukan zyla.. tapi kalau itu zyla? eee!!! jangan bagi zyla layan sendu lagi bole tak..??? zyla dah tak mampu.. kalau betul itu zyla.. please.. cari zyla.. call ke, inbox kat fb ke.. please!! i need to knw..

Monday, February 06, 2012

SUASANA PETANG YANG MENYENANGKAN

assalammualaikum




gambar apa pulak tu..

ni gambar lepas hujan di hostle zyla,

tadi masa zyla sedang khusyuk belajar,
hujan turun dengan lebatnya
hmm.. taklah..
tak lebat sangat pon..

tapi setengah jam lepas tu,
hujan dah reda..
dan zyla pun tutup buku..
cukup!
untuk petang ini..

dan zyla tersenyum dengan bajet comel,
pejam mata dan hirup udara selepas hujan ini..

terus terang zyla katakan,
suasana ini
membuatkan zyla rindukan seseorang!
terlalu rindu!!!

bila zyla melihat ke luar
terbayangkan
kami berjalan beriringan dan bergurau senda
rindu nak dengar dia nyanyi lagu untuk zyla
(^_^).
tapi itu dulu
sekarang hanya jadi kenangan buat zyla

hah!
rezeki zyla kali ni
semester ni
memang Insya Allah zyla akan makan sahaja
haha
mana tak nya
dapat rumate yang rajin masak
luckly orang sabah
sama-sama dari Tanah Bornoe

dia masak
zyla kemas apa yang patut
adil kan??

lepas Isyak ni
akan sambung menelaah lagi

+
+
+
financial accounting3..

eliminate investment in subsidiary,
ordinary share,
NCI, ARR n reserve,
worksheet..


haaa..


nilah dia hasil belajar petang,
tutup kejap
malam sambung balik..
wajib tunjuk gambar family
pencetus semangat tu
EYH!






                  

Sunday, February 05, 2012

biar sakura menjadi taruhan

assalamualaikum,

semakin hampir detik itu,
semakin hatinya menahan pilu,

semakin diri ni cuba menjadi sabar,
semakin itu hati bagaikan tidak bernyawa,

semakin aku cuba untuk memahami,
semakin itu aku terasa tersisih,

kuatkanlah aku Ya Allah,
berikan aku petunjukMU,
jawablah istikharah dan doaku 
melalui mimpimu,

jadikanlah aku yang pasti,
jadikan aku yang paling kuat,
jadikan aku yang paling sabar,

aku yakin,
air mata hari ini
adalah untuk kebahagian esok hari.