Sunday, November 25, 2012

persediaan intership.

assalammualaikum...

agak lama jugak zyla tak update blog.. sebabnya masa study week hari tu sehinggalah ke final lappy zyla tinggalkan kat tempat lain.. sebabnya nak menghalang dari tangan ni gatal sangat nak baca blog dari baca nota..

apapun sekarang ni, zyla dah selesaikan 5 semester di kolej, selepas ni tak ada lagi nak pening pasal jadual kelas, lecturer, kawan-kawan, assgmnt, presentation, test, quiz, final ,event, aktiviti lain  tak ada lagi..

tapi, langkah seterusnya yang bakal menamatkan plan B zyla ni.. Plan A apa???? SPM laa.. sempurnakan SPM dan melayakkan diri zyla untuk ambik course yang zyla minat.. dah tercapai.. oky sambung balik.. sekarang ni nak kene jalani intership pulak.. alhamdulillah setelah dah banyak hantar resume kat audit firm, zyla dan sahabat Atikah diterima kat satu audit firm kat Kl.. ISNIN ini ( esok) nak confrm balik yang kitaorang betul2 confrm.

mestilah rasa best.. tapi bagi yang tak pernah kerja ini akan menjadi kejanggalan .. sebabnya kita nak pergi kerja tak sama macam mana kita nak pergi sekolah, kolej and dating.

tapi zyla bersyukur sangat sebab zyla ada pengalaman kerja kat Kl ni.. kiranya serba sedikit tu zyla yakin dengan diri sendiri untuk uruskan diri, masa dan mental dengan keadaan kat sini. 

cari rumah, pastikan transportation, pakaian yang sesuai untuk ke tempat kerja dan ilmu tentang akaun, itu semua serba sedikit perlu lengkap dan sempurna.

untuk para adik-adik yang membaca, masa kat sekolah jangan nakal sangat ye, jadi orang yang berdisplin dan tahu macam mana nak hormat cikgu.. itulah langkah pertama untuk nilai diri kita ini pada masa hadapan. kalau sejak sekolah lagi kita ini berdisplin, tahu hormat orang dan pandai bawa diri, sikap dan tabiat tu akan terbawa-bawa sehingga kita besar. dan bila dah belajar ini, kita akan praktikan dan itulah inti yang penting dalam diri kita.

nak minta kerja bukan senang ye.. nak tulis resume untuk pastikan kita ini layak tu yang payah.. ada tu, tak ada yang ini, tak ada yang tu... kalau banyak kosong tu, seakan-akan menunjukkan yang kita ini, tak proaktif untuk capai cita-cita.

zyla sendiri bukanlah pelajar yang perfect.. tapi apa yang zyla pastikan sentiasa perbaiki diri. tipulah kalau tak "terkecewa" semasa belajar dulu ( ehem.. mcm dh bertahun pulak hbs belajar).. tapi nasib baik ada ibu ayah, kawan2 yang selalu suntikan semangat kat zyla.. and most thnk you to Kak Fara dan Gong Chan, ieyla n mmd..sebab diorang ni tak pernah jemu nasihatkan zyla untuk terus bersemangat.. akhirnya hari ini tak ada apa yang tersadai atau tergendala.

dalam merangkan persediaan ini, barulah zyla sedar  perlunya kekuatan mental yang kukuh kalau kita betul-betul nak melangkah jauh dan kejar cita-cita. sebabnya tipulah kalau tak ada masalah yang menganggukan. kadang-kadang sebab benda kecik pun kita rasa nak give up dah. haaa.. masalah yang paling membantu menyumbangkan kta give up ialah putus cinta?? tak percaya?? cubalah kalau berani.. hohoho. sebb tu orang tua-tua kita pesan kalau belajar jangan gatal nak bercinta, tapi kita gatal.. nak jugak.. but its oky, as long as u can handle urself.. 

^_^. apapun, dalam mengenal dunia dewasa ni setiap langkah kita tu kene bagitau dan minta pandangan mak ayah... sb diorang kan lebih makan garam dari kita.. jangan ikutkan sangat kawan, jadi diir sendiri, percaya dan yakin dengan diri, jangan lupa solat, !! wah! itu nasihat senior zyla sebelum zyla sambung study 2 tahun yang lepas.. sekarang zyla dah nak habis belajar. kalaulah dia ada, mesti dia gembira dan senyum tengok zyla.,. senior, i miss u so much, tak pernah lupa pesanan , nasihat dan ajaranmu walau sesaat. rasa bersyukur sangat dapat jumpa dengan awak, walau masa kita singkat. bak kata awak, tak ada di mata, tapi dekat sangat dihati. kalaulah saya boleh tunjukkan dekat semua orang, inilah dia insan yang bermakna dalam hidup saya.


yakin diri !
 

Saturday, November 24, 2012

cari.



hmmm...


"mencari ketenagan di hati"

saya doakan pengorbanan awak akan berbaloi,
saya tahu awak dah cuba untuk jadi sebaik yang mungkin,
doa saya supaya hati awak tidak rapuh,
sebagaimana awak jadi tulang belakang saya paling kuat,
dan membentuk diri saya menjadi seseorang yang lebih baik,
saya tahu awak tabah dan sabar lebih dari itu,
 
-kenangan yang tak mungkin saya lupa-
dan bukan senang nak cari sahabat mcam awak,

Thursday, November 01, 2012

Suara hatiku

assalammualaikum...

ternanti-nanti saat untuk menghabiskan semester 5 ini, banyak dah perkara yang zyla lalui.
ada kalanya "putus asa" itu menyapa zyla
tapi hati sentiasa kuat memberi sokongan
semuanya akan berakhir dengan baik nanti

sahabat sering tertanya-tanya
bahagia nya hidup zyla
selalu ada idea untuk membuatkan  mereka gelak ketawa saban waktu
tapi ketahuilah wahai rakanku

hati ini bagaikan rapuh ditiik masa

dalam mengejar cita-cita
zyla pasrah pada erti pengorbanan

dalam memperbaiki diri
zyla redha pda keburukan

dalam menanti kemaafan
zyla doakan rindu pada sahabat itu akan terus berkekalan.

Ya Allah,
hanya engkau sahaja yang mengetahui akan rasa hati ini,
sungguh besar ujian MU buat aku saat ini
kau titipkanlah kesabaran dalam hati ku ini,
Kau jagalah hatiku agar ianya tidak rapuh dan jatuh.

Sungguh aku tahu Ujian ini adalah tanda sayangMU.
berikanlah aku waktu walau hanya sementara untuk
melihat pelangi yang aku rindui
Sesungguhnya Hidup dan matiku adalah keranaMU
YA ALLAH..