Monday, April 30, 2012

memasak.

7.20 pagi..

assalammualaikum.. selamat hari Isnin!

hari ini bangun macam biasa. kejap lagi nak basuh baju. lepas tu around pukul 9 pagi zyla akan jumpa dengan ayah sebelum ayah ke KLIA untuk ke Kota Kinabalu.. biarpun ayah dah sebulan kat sini, tapi jarang zyla dapat jumpa dengan ayah. lepas final nanti baru satu family berkumpul semula . dekat mana?? kalau selalunya zyla yang balik sana sekarang ni diorang yang mai sini pulak. Insya Allah.

sekarang ni zyla tengah menikmati study week. of course lah, cafe dan kebanyakkan kedai makan area sini tutup. kalau ada pun zyla tak berapa yakin dengan tahap kebersihan beberapa kedai makan kat sini. lagipun selama menetap dekat bangi ini, zyla lebih suka masak sendirihttp://www.emocutez.com.atau dalam erti kata lain berjimat. 

menu-menu yang zyla  dan kawan-kawan biasa masak??? sup, yang bergoreng, kadang-kadang bubur. nak buat yang advance tu jarang sangat sebab peralatan memasak kurang apa yang ada kteorang masak aje. janji ada bawang, minyak, telur dan kentang.. memang zyla pun dah pakar dengan bahan-bahan ni.

teringat pulak soalan si Harry Potter semalam. aish.. dia ni... kalau soalan dari dia, memang gelak jelah zyla nak jawab.. perempuan mana yang tak nak belajar memasak? malulah kalau zyla ni tak reti masak. biarpun ala kadar asalkan reti buat dapur berasap memang tak kene bebel dengan mak lah!


dulu masa lepas SPM, zyla terus kerja kat kedai makan. memang timba ilmu lah kat situ, sampai sini zyla praktikkan skill-skill memasak.. haha.. walaupun tak confident zyla bedal aje.

bila fikir-fikir balik, ada releven jugak soalan mamat harry ni.. hakikatnya pada masa ni kebanyakkan gadis yang sambung study jarang yang pandai masak. dengan alasan duduk jauh dari rumah. dengar dek mak zyla alasan ni memang kene sound direct terus.. mak selalu pesan. " tak tahu masak janganlah smpai takut nak masak, potong bawang,kalau ada  telur or ikan bilis, try dulu macam mana nak masak. masak dalam periuk nasi pun tak apa!" itulah yang zyla praktikkan.. asal ada bahan kita bedal je. cuma semester ni zyla jarang masak sebab rumate kak linda yang suka masak. so zyla jadi tukang makan aje dan tukang basuh.. haha.. dah dia lebih tua dari zyla, mestilah cara dia memasak lebih bagus kan? so zyla tengok sambil meneliti cara dia masak, perbaiki cara zyla memasak.

basic memang perempuan pandai memasak. tapi lelaki lagi hebat memasak! terbukti kalau ayah zyla yang pegang kuali.. haha. tergugut mak.http://www.emocutez.com<<walaupun kita tengok lelaki ni macam sengal tapi diorang ni ada  skill tersendiri... tapi zyla tak tahulah hero zyla 3 orang tu macam mana.. kalau bab cerewet makan tu memanglah. tak usah cakap! 

menu kat Tanah Borneo dan Semenanjung ni banyak menu yang berlainan.. peluang keemasan ni untuk zyla belajar masakan sini. nanti balik sana adik2 zyla bakal jadi mangsa untuk merasa masakan tak jadi dari zyla..


http://www.emocutez.com
 (fahim), 


http://www.emocutez.com

(syafiq)



http://www.emocutez.com
(fiqri)




http://www.emocutez.com
(nadia)





nilah barisan panel hakim untuk mengadili apa jua yang zyla buat dalam hidup zyla. apa je tentang zyla diorang nak ambik tahu , nak jugak komen, nak jugak cakap!

rindu kat4 orang ni usah cakap  laa.. tak tertanggung. zyla pun tak percya adik-adik ni semua dah besar. dah reti nak tanya zyla.. "bila nak kahwin".. amboi.! nak jawab apa???? tunggu dululah. ingat senang ke orang luar nak ngam dengan adik-adik zyla ni. perangai pelik-pelik.. 




Sunday, April 29, 2012

buat sekalian kalinya

6.31 ptg

zyla ni memang kanhttp://www.emocutez.com.. lewat-lewat petang macam ni baru nak update blog. haha.. baru nak ada idea nak  buat macam mana.. cuma hari ini buat sekalian kalinya setelah beberapa bulan zyla abaikan keadaan blog ni zyla ubah balik sakura ni..waseh! suasana lama sebenarnya.. zyla satukan kembali dan amat menyenangkan dimata zyla..

itu sahaja nak cakap.


kalau akak Kathy Tuah baca entri ini, mesti dia sengih punya... 

alahai kak kathy,
kenakalah ktk suka molah kmk terliurhttp://www.emocutez.com
nyaman glk masakan kampung ya
tunggu balit sarawak jak laa
masak dengan mak
kmk jadi tukang tangga jak
dan tukang makan.

ps: rasa nak buang aje lagu kat blog ni.. tp nanti sunyi pulak

Friday, April 27, 2012

teruskan.




hanya satu perkongsian yang mengembirakan hati.

tatkala seorang sahabat menbisikan hajatnya ,

namun sayang,

aku hanya boleh melihat dari jauh dan tersenyum padanya..

beberapa malam 

hajat sahabatku itu hanya tinggal persoalan.

hatinya sering berbelah bagi hingga terbawa ke dalam mimpi.

esoknya ,

gerak tubuh dan senyumnya umpama bertanya kepadaku.

"adakah kau akan pergi untuk majlis ilmu itu? rakanku yang lain mungkin tidak hadir"

aku mengerti wahai sahabat,

aku tahu hatimu rindu pada pengisian.

aku bertanya

dan kau menjawab

" hampir saja hendak batalkan niat"

tersukan sahabatku..

usah batalkan niat , jika tidak mereka pandang lah pada kami. 




Wednesday, April 25, 2012

rumusan LGBT d'sakura

10.51 malam.

assalammualaikum..

lewat macam ni baru lega sikit kalau nak online.. nape?? sbb time macam nilah baru line "berukband" laju..  aish. dh lah celcom dah bagitau bayaran untuk bulan ni.. jangan risau ye En. Celcom... nanti zyla bayar  shap 1 haribulan macam biasa oky!

hari ni banyak benda nak cakap! so entri kali ni mungkin akan jadi panjang berjela walaupun kene taip laju2..

situasi: sebelum nak ke kolej yang tercinta.

adui... orang selalu pesan. setiap pagi jangan lupa ambik sarapan. hmm.. terus terang zyla ni agak liat nak makan pagi.. tak tahu kenapa. kalau ada yang pelawa makan nasi pagi2 memang perut zyla akan mengecut laa.. payah sangat nak makan. tapi disebabkan orang dah banyak tegur zyla maka zyla pun telah mempratikkan ambik breakfast ni sejak bulan Januari lagi..kalau masa sekolah zyla hanya akan makan nestum sahaja untuk sarapan.. yang lain kurang sikit.. tak tahu kenapa.. dan sekarang ni zyla lebih gemar mengambilroti atau mee berbanding nasi.. kalau tengok nasi automatik tong dram zyla akan mengecil..

sitausi: kolej

yeah! untuk pengetahuan hari ni kat kolej ada forum yang membincangkan tentang masalah remaja masa kini.. tajuk paling hangat dipasaran.. zyla memang suka sangat forum ni , bagi kesedaran bagi yang buat2 tak sedar. ish! mulut zyla ni betul2 dah cover insurans. tapi ustaz cakap." jangan menghina orang sebab nanti perkara itu akan terjadi kat kita balik". so kawan2, kalau ada benda yang terbalik terjadi dalam kehidupan kita, maka bersabarlah. kalau ada sahabat yang "melencong" sikit.. beranikan diri untuk menegur... senang aje.. mula2 dengan hati, tapi kalau dah teruk sangat kawan kte tu cuba pulak dengan menegur.. dan kalau degil , keras kepala... buat lah tindakan yang sepatutnya.. tapi kalau permasalahan berkaitan dengan akhlak ni .. apa lagi kita boleh buat?? ajak sahabat yang "melencong " tu join forum, ceramah, aktiviti keagamaan. paling tidak usrah.. berkesan.. lagi2 bila kita akan diterangkan tentang isi kandungan Al Quran.bukan zyla berlagak baik atau alim.. tapi hakikatnya , zyla sendiri pun sedang memperbaiki diri.  terima kasih sangat dengan sahabat yang sudi ajak zyla join usrah dan hati yang terlalu riang dengan aktivit macam tu walaupun kadang kala sibuk dengan tugasan. apapun zyla semakin senang. kalau tak pun, update aje info kat wall.. yeah! untuk makluman semua.. ketika seseorang dok syok scroll wall fb dan dia ternampak post2 yang menginsafkan hati kecil dia akan terdetik dan bersuara. tapi disebbkan ego, suara hati kecil itu cepat2 ditepis.. kalau yang benar2 yakin dengan info korang bolehlah share selalu kat FB, mana tahu suara hati kecil itu akan menjadi berani untuk memulakan langkah berubah nanti. 

nak tau apa tajuk forum kteorang?? LGBT... hah! Lesbian, Gay, Biseksual and Transgender!. jangan cakap lagi laa.. masa sekrang ni betul2 laa kita ni umat akhir zaman kot. masalah macam ni dah macam tak dapat dibendung lagi. tapi zyla suka apa yang ustaz tu cakap.. " kalau lesbian ni senang nak sembuh.. bagi je suami yang kaw2 mesti diorang insaf".   hakikatnya sanga Adam juga mampu melembutkn hati Hawanya. 

tapi masalah yang paling teruk adalah GAY.. kalau Transgender ni.. siapa dah fikir masak2 nak tukar jantina tu memang mampulah kan nak buat benda peliks ni.. dah Allah SWT jadikan kita ni lelaki atau perempuan maka redha laa.. tak ingat ke yang semua takdir kita sudah tertulis di Loh Mahfuz.. dugaan dan apa jua yang berlaku dalam kehidupan kita ni sudah Allah tuliskn.. cuma bergantung kepada kita untuk berusaha sahaja. mungkin ramai yang ta ingat sebelum kita dilahirkan ke dunia ni kita dah bersaksi bahawa Hanya Allah SWT Tuhan Kita... dan juga kita pernah bertanya kepada Allah sebelum menurunkan kita ke bumi. " adakah kita akan selamat dan bahagia didunia sebagaimana kita disyurga dulu?".. of course laa semua kita tak ingat sebb masa tu kita belum tengok dunia lagi.. bila dah sampai dunia ni kita lupa segala2nya.. zyla pun sama. apa zyla buat cari balik apa yang kita lupa.. kat mana??Al Quran.. sekarang ni pun zyla tengok ceramah agama memang ada kat mana2 sahaja.. cari ilmu, cari peringatan tak susah ..

berbalik dengan GAY ni... memang teruk.. zyla pun akuinya.. walaupun ada jugak GAY yang dah kahwin tapi dia tetap ada pasangan GAY dia.. apa nak jadilah.. itu zyla tak dapat nak terangkan kat sini.. kene tanya gay sendiri.

mengikut apa yang ustaz tu cakap.. " semua agama termasuk Kristian, Buddha pun mengharamkan lesbian dan gay dan seumpama dengannya"  jangan nak kata Islam sahaja melarang. agama lain pun melarang tau.. bayangkan kalau semua nak minat dengan kaum sejenis.. maka pupuslah manusia.. kahwin sama jenis mana nak dapat anak??? dah Allah jadikan Adam dan Hawa untuk bersatu untuk lahirkan zuriat.. kita ni?? nak mendustakan semua tu.. aish.. apa nak jadi nih??

ustaz tu pun cakap.. " jangan sesekali cakap.. kami tak minta dilahirkan macam ni"..  memang kita tak minta, tapi smua bergantung pada usaha dan hati kita sendiri kan??/

tepuk dada tanya selera laa sahabat semua.. sekarang ni zaman yang sukar. zyla pun tak tahu apa nasib zyla masa hadapan... Rasulullah dah berpesan dengan umatnya 1400 tahun yang lalu.. tapi bila benda macam ni berlaku... semua hanya lantang bersuara aje.. tahukah kamu Rasulullah pernah berkata.. " umat yang paling dirindui adalah umat selepas kewafatan ku".. tapi berapa ramai yang sedar?? tak sedar kan?? ke tak pernah dengar???kalau tak pernah dengar korang cari sumber2 yang membolehkan korang dengar, baca dan faham apa yang korang tak pernah dengar. 

zyla memang cuba sampaikan dan masih dalam proses memperbaiki diri. susah nak cakap tapi nak cakap jugak..kalau Allah SWT dh murka.. DIA datangkan musibah nanti memang tak sempat nak minta ampun dh.. 



ni dia para panel jemputan.. Ahmad Fitri Yahya ( pengacara MHI), Imam Muda Hisbur dan Sham Kamikaze.. yang tengah 2 sekali zyla lupa nama ustaz tu.. hehe






hah! saja nak bagitau.. moderator untuk forum kteorang hari ni ialah EN. AHAMD FITRI YAHYA. gambar ni zyla copet dari fb kawan zyla.. rugi hari ni sebab hp zyla tak ada battery pulak... 

situasi: selepas forum

gempak jugak kat luar dewan sebab ada booth Sofy and Nestle.. 






hah!! borong! borong!! siapa minat yogurt ??? utk yang kecik tu nestle buat promosi tadi RM 5 untuk 4 bottle.. yang bliss 200 grm. RM 8 untuk 3 bottle.. tapi hanya di KPTM BANGI TADI..sesiapa berminat sila dapatkan di pasaraya yang terdekat.

okeh.. nak story sikit.. kak saudara kak fara cakap .." elok makan yogurt utk sembuhkan luka lepas bedah, terutama sekali untuk luka dalaman." ish.. so zyla pun terpaksa lah belajar makan benda ni.. walaupun tak berapa suka.. untuk kesenangan zyla masa depan..

sebelum menutup tirai hari ni zyla suka dengan statement Ahmad Fitri Yahya..

Dia menjangkakan bahawa semua mahasiswa dan sisiwi akan menjadi insan yang penuh dengan jati diri yang tinggi dan juga bertindak matang. contoh paling senang status kat fb. itu memang betul. memang wall kita suka hati kita lah.. tapi sebenanya dalam tak sedar kita membuatkan ada sesetengah pihak tidak menghormati kita dengan status yang pramatang. berhati2 lah semasa nak update status. macam zyla, melawak aje banyak.. nak cakap pasal lain yang mengelikan zyla rasa orang yang dah kahwin pun tak pernha keluar statement melampau.. betul tak?? bukannya cemburu tapi  hak peribadi kita tak perlulah semua nak tonjol kat fb.. kalau yang memberi manfaat silakan. 

FB zyla pun bukan dengan niat sengaja zyla nak buat account FB.. yang zyla ingat pagi tu bangun je tdo senior zyla cakap zyla dah ada FB.. mahu nya tak ternganga zyla.. tapi merasa jugak laa zyla dengan kesan2 FB ni. aish. memang laa tak nak cari pasal dengan FB.. kang ada jugak yag gaduh besar. 

apapun, kalau dah rasa dewasa buat cara dewasa. kira matang laa.. kalau remaja maka carilah banyak2 ilmu. ehem.. nilah nak cakap ni.. zyla remaja.. so memang tengah mencari pelbagai pengisian untuk bekalan zyla satu hari nanti. 



Monday, April 23, 2012

cuba lagi.

7.50 pagi

rumate zyla dah bersiap nak g kolej. hari kelas zyla dari pukul 11 smpai 4 petang aje.. dan ini adalah minggu terakhir untuk kteorang. selepas ni akan berakhirlah semester 4 zyla. 

pendek je nak cakap pagi2 ni... kalau pagi2 macam ni im sure everybody are still in their dream mood... kene pulak bangun awal kan??? relaks.. rahmat besar tau dapat bangun awal2 pagi.

minggu ni zyla nak cuba lagi.. cuba apa??? tamo jadi pemalas lagi! hahaha... dan satu lagi... buat sementara waktu i need to forget something.. buat2 lupa.. okeh! buat2 lupa laa ni... lepas tu baru buat2 ingat.. "try again".. huhu.. aku tak mampu! sorry for the second chance.. payahnya terasa awal2 pagi macam ni.. huh.. tahukah kamu wahai saudara ku. apa yang kau pernah kata membuatkan aku lemah. segala kesibukkan aku kau ungkit. dan sekarang sudah aku faham.. persahabatan ini tak seikhlas aku yang cuba membimbingmu ke arah kebaikkan... tahukan kau kesibukkan aku adalah amanah ??? tahukkah kau kena sebenarnya aku sibuk??? huhu.. boleh sendu ni.. 



motive myself... study.. i need focus. famly, i really missed them.. friends..take care.. 

Sunday, April 22, 2012

zyla juga rindu sama kalian semua!

12.27 tgh hari.. zyla dh buat muka monyak kat depan lappy ni....kenapa ??? sebab tetiba terigin nak menjamah burger MCD  pulak.. aduiiiyai... nafsu makan  zyla sekarang ni nak demand aje...



disebabkan tadi pada pukul 10 pagi toiletmate zyla tak bangun2 lagi zyla decide tampal iklan MCD ni kat almari. hurm.. nanti nak kene dapatkan juga yang ni... teringin sangat dh.

cerita pasal semalam pulak..

keadaan zyla semalam:

dengan keletihan yang dah tak mampu zyla tepis!

dengan masalah yang dah tak mampu zyla bendung!

dengan keadaan kesihatan yang zyla tak dapat elakkan!


zyla menjadi teramatlah bermurung. mandi semalam pun lewat, lepas mandi terus g bilik kak fara.. hanya untuk berborak.. lepas tu zyla balik bilik... masuk je bilik baby sony zyla dh berbunyi.. dalam mind memang target ayah kol!! japp ayah !!! along angkat kol!!!!!!!!

tup2.. my harry potter aka MUS yang kol rupanya.. alamak! 

tapi sebelum tu zyla nak kenalkan laa siapa lak MUS ni..

dia ni sahabat zyla.. kenapa zyla gelar dia harry potterr , tu gelaran dari adik-adik zyla.. haha.. dia aje tak tahu selama bertahun berkawan ni zyla asyik gelar dia harry potter aje.. zyla mula2 kenal dia masa zyla tingkatan 3.. masa zyla dh habis PMR... yang bestnya dia ingat lagi result zyla.. bagus betol dia ni..  

dulu kteorang memang rapat.. atau hakikatnya dialah kawan paling rapat dengan zyla masa zyla pindah Sarikei dulu.. main badminton, joging, bercerita semua dengan dia nilah.. tapi sekarang dah tak berapa nak rapat sangat sebab masing-masing dah jauh.. entahlah, zyla pun tak tahu berapa lama dah tak jumpa. 

masa zyla kerja kat Barakah Cafe , Kuching dulu selalulah jugak zyla jumpa dia ni sebab kolej dia tak jauh dari situ.. lepas tu dah tak jumpa sampai sekarang.. ada jumpa pun kat dlm FB aje..

zyla tau dah.. kalau dia ni kol tak lain tak bukan mesti bosan tu yang suka dok kutuk2 zyla.. alamak! disebabkan zyla letih, terpaksalah tadah telinga ni.. ish2.. dia ni memang meriah sikit.. zyla pun kadang2 hairan asal dia ni semacam bersemangat aje..

cuma semalam dia mampun buat zyla rasa terharu aje.. wakak.. asal pulak..


dia tanya pasal cover timeline zyla.. zyla explain. kata-kata ni zyla petik dari ESQ training minggu yang lalu-lalu.. dan penceramah kteorang yang menambahkan kata2 ni menjadi lebih bermakna dengan "dalam cahaya ada aurora".. pasal aurora ni sejak dari sekolah lagi zyla dah tahu... sesuatu yang terlalu cantik tapi jarang untuk kita lihat dan sebenarnya amat sukar untuk dilihat dengan mata kasar.  " dalam bunga ada sakura" pulak merupakan teori kaum Samurai sebelum pembukaan Jepun . kan bunga sakura ada kat jepun.. dan sekarang ni bunga sakura tengah berkembang. si mus ni tak tahu pulak kata2 ni zyla dapat masa birthday dia 7 April lalu... haha.. 

masa post ni memang zyla semacam terlupa sesuatu.. tapi bila dah tersedar, baru zyla ingat dengan kawan zyla aka Charming Aurora.. so si mus ni dok tanya.. "semacam awk rindu kat budak yang bernama Charming Aurora"..aka (kdk ktk tk rindu dengan mbiak nama Charming Aurora). okeh! dengar dia cakap macam tu zyla tersenyum.

rindu?? lama tak jumpa. tapi hakikat yang sebenarnya zyla rindu setiap seorang sahabat zyla. tak kisahlah yang ada kat Kuching ke, Sarikei ke, Miri ke .. itu ajelah jawapan yang zyla boleh bagi. adil dan saksama. 

dh sampai part ni menaip zyla hilang idea terus. beku dh kot otak ni nak berfikir.. jap g layan sendulah zyla jawabnya.. huhu.. 

tapi sebelum menutup tirai entri untuk hari ni..


huh! ni application dari FB... kalau adik zyla tengok ni tersedak diorang.. zyla pun dah geleng kepala tadi.. kadang2 menyampah jugak zyla dengan application kat FB ni.. ni memang nak kasi zyla kene kutuk perah santan ni.

tapi paling zyla terkedu tadi bula ada junior yang semacam nak berlawan dengan kecantikkan diorang. baiklah, zyla mengaku dua-dua memang cun melecun.. sangat cantik. tak perlu nak hias diri lebih2 kalau nak cantik. just be simple. 

macam kte tengok yang suka pakai tudung lilit2 tu.. mungkin ada yang tengok macam menyemak aje. tapi mungkin pada si pemakainya itulah cara dia untuk jadi cantik. kalau para Adam nak tahu, semua Hawa nak dipuji cantik. tapi please jangan cakap ada seorang Hawa ni lagi cantik dari Hawa2 yang lain. memang makan hati berulam jantung laa hawa2 yang lain. 

nak buat pengakuan boleh. masa zyla umur 13 tahun dulu (2006) ramai yang kata muka zyla macam Revolina S Temat aka Bawang Putih n gelaran ""Putih" masih lekat dengan diri zyla sampai hari ni. dan satu pengajaran yang zyla dapat ialah, dalam diam banyak kawan2 perempuan zyla yang tak suka zyla sebb ramai yang gelar zyla dengan panggilan tu. huhu.. masa tu jangan cakap lah, sedih tu terkesan sampai hari ni.

baiklah, hanya ada satu perkara yang zyla amalkan agar wajah sentiasa berseri.. HATI... jaga hati dengan sebaik-baiknya.. memang zyla pun  ada terkandas teruk.. tapi cepat2 sedarkan hati dengan hakikat yang sebenar. satu lagi, KETAWA, tak lah sentiasa nak gelak tapi murahkan wajah dengan senyum n tawa. BANGUN AWAL... hah! sila mengaku kalau yang suka bangun lewat tu.. pantang dek nenek zyla kalau bangun lewat ni.. kenapa bangun awal.. aish.. SUBUH menunggu.. ambil wuduk pagi2, Insya Allah wajah berseri aje..  memang laa zyla tak secantik mana dan memang tak cantik pun.. asalkan mak ayah sejuk tengok wajah puteri sulung diorang ni dan adik2 senang bila menatap wajah zyla sudah cukup memadai. 


huhu... nak layan sendu ni. 

Saturday, April 21, 2012

foucs.



6.07 petang. seluruh Malaysia masih terang lagi masa ni. tapi kalau dah menjelang pukul 6.45 ni zyla yakin Sabah Sarawak dah gelap dulu.

baru lepas jawab test Taxation 1 tengah hari tadi. ada yang zyla tersalah buat.. keletihan yang berpanjangan ni tak mampu zyla tepis lagi. memang penat sangat-sangat. dah tak ada maya dah rasanya. nak makan pun payah ni. tapi disebabkan sahabat-sahabat disekeliling zyla pun masih bersemangat  maka zyla pun gagahkan juga diri ni.
dihujung semester ni focus zyla semacam lari sikit. tak tahu kenapa. rasa macam ada sesuatu je yang na jatuhkan semangat zyla ni. nak keraskan hati kang jadi jahat pulak.

boleh tak kalau nak mengadu ni?? kalau nak cakap dengan kawan, macam tak best je. tapi blog ni bukan kawan zyla jugak ke yang baca??? nak cakap dengan mak macam selalu kang dia fikir lain pulak.

masalah lah macam ni. hati kadang kala macam rasa sesuatu aje. dulu pun pernah jadi macam ni. sekali tengok, apa jadi.. tapi yang penatnya hujung-hujung part dh nak habis story tu zyla selaku mangsa akan dipersalahkan juga. penat sungguh macam ni,, sayu sangat hati ni bila diri dipersalahkan atas kesalahan yang bukan zyla lakukan. selalu orang cakap zyla baik. bagi sebijik penumbuk kang baru tahu.

nak tunding jari kat orang lain, ada juga salah zyla. banyak sangat fikir??? hati siapa yang senang kalau kita tahu hubungan sesama manusia ni tak serasi? boleh berbaik tapi pihak sana? ego dia.. buat zyla lemah aje.

kang zya putus asa, bkn zyla aje.. dengan nama-nama zyla sekali tak akan korang dengar lagi. apa zyla cakap akan zyla laksanakan. zyla tak takut. kalau zyla slah zyla mengaku. dah try nak berbaik tapi habuk pun tak ade.

fikir senang aje, Allah sedang menduga hati kecil milik zyla. kuat mana aje hati ni? orang aje yang selalu nampak zyla macam happy. tapi hakikatnya... malas laa nak cakap.

sujud ni memang zyla tak larat nak angkat lagi dh bukan takat beban kat bahu aje. kat hati pun semacam tak tertanggung lagi.

selalu kalau ada yang rapat dengan zyla mesti akan dok cakap kat orang lain, zyla ni baik. macam-macam...macam sahabat zyla yang sebelum ni...bkn sorang dh 2 orang dh..

last2 , ambik kau zyla... terhidu bau tahi sehingga sekarang ni. maaflah kalau ada yang baca entri ni kan berkerut dahi.. tapi inilah perasaan zyla sekarang ni.

ego manusia memang zyla tak mampu nak lawan. memang tak mampu. kalau korang rasa korang hebat, maka menang lah sampai bila2. kalau nak sisihkan zyla pun,  buatlah.




Friday, April 20, 2012

2 biji telur.

12.30 tengah hari tepat! beberapa jam  je lagi nak jawab test ni. tapi zyla sempat nak update blog. hilangkan sedikit nervous.  tapi sebelum tu nak ucapkan teima kasih kat Kak Kathy Tuah sebab prihatin dengan entri pagi tadi yang ditaip semalam.

perut zyla sekarang ni tengah kenyang dengan mee PAMA. tak ada selera nak jamah nasi. kalau makan nasi pun mesti tak habis. dahlah kawan2 suka tambahkan nasi dalam pinggan. bukan nak tolak rezeki tapi "tong dram" zyla ni tak besar sangat.. kecik aje sizenya...mana muat sumbat banyak2.. nak tengok zyla gemuk.. dh tinggi pun takat 156 je , tak releven laa kalau berat badan cecah 53.. boleh tak seimbang zyla nanti


ayam! zyla memang suka makan ayam goreng. yang berkuah kurang sikit kecuali rendang dijamin zyla tak akan minta yang lain. tapi yang sentiasa zyla cari adalah telur. lagi2 kuning telur .. nyam2.. sungguh enak dimakan.

zyla tak tahu kenapa zyla suka makan telur goreng. kalau masak mee pun mesti ada telur.. tak moo satu biji je tau. nak 2 biji baru feellll mamam ... 

makan telur hari2 pun tak elok kan???  zyla pun bukan makan hari2 tapi mesti makan dalam seminggu.. kalau masa sekolah sebelum jawab periksa ayah suruh mak kasi kteorang makan telur rebus.. nasib zyla tak terkentot masa jawab exam.. kalau tak malu sampai hari ni..hehe.. 

okylah...zyla nak g siap nak jawab test nih.. tak tahulah dapat jawab ke tak.. miss2 nanti zyla bagi 3 jawapan lagi k miss... miss pilih lah yang mana betul tau. nanti bagitau zyla nape salah k..

p/s: finance memang tak senang.. biasalah sepupu dengan financial accounting. tapi yang bestnya boleh bagi 2, 3 jawapan dalam macam2 style mengira.. 

sekali harung separuh siap.

yeah! ni baru balik dari jawap quiz Finance.. kepala pun masih fening fikir nape miss tadi cakap jawapan zyla salah.. last2 zyla buat 3 jawapan untuk dia.."miss nanti pilih yang mana betul k? tadi saya tak berapa nak betul menjawab!"

selalunya kalau sekali harung kerja dalam satu masa kan? tapi bagi zyla dan sahabat-sahabat yang lain, sekali harung tu dalam masa 2 minggu ni. alhamdulillah, quiz taxation dan finance dah zyla jawab tunggu esok dan lusa untuk test subjek yang sama.  pagi tadi pun dah selesai presentation untuk english dan Financial accounting 3. tu dia, 2 presentation sekali gus.. wakakak.. bukan zyla tapi sahabat2 zyla.. zyla punya turn untuk account dah lepas selamat dh!

semalam pun zyla decide tutup buat sementara account FB.. aish. jangan ada kawan yang ingat zyla dah remove diorang pulak.. sakit kepala ni tengok timeline tu.. menyesal tak sudah zyla dibuatnya..


hari tu 17 April .. suatu kejadian telah menimpa zyla. tepat pukul 7.30 pagi zyla pengsan dalam bilik disebabkan pening kepala yang teramat sangat. waduh.. sih kok bisa gitu sih...

alkisahnya 16 April tu, masa zyla n fara tengah sibuk edit report kteorang, tak semene-mene zyla tergelincir.. kat mana terhantuk nya kepala ni.. 


kat bucu pintu nilah tempat kejadian zyla tergelincir. mahu tak terkejut beruk fara. sorry tau, bukan sengaja. zya sendiri tak tahu macama mana boleh jatuh.. huhu.. yang syoknya esok hari bangun memang kepala berat macam batu. last2 pengsan!


disebabkan nebes, zyla dibawa ke klinik kesihatan bangi. paling dekat. kalau hantar kat serdang memang tak pergi kelas laa kak linda hari tu sebab temankan zyla.. uik.. uik.. uik.. cuma satu je yang zyla peliks kat sini. memang lah kalau kita pengsan kene ambik darah nak tengok sama ada darah merah kurang dari darah putih. tapi ini best punye doktor baru tu check.. tanya "ada muntah2?", "ada pening?", "selalu pitam?".. kerut dahi zyla dibuatnya. dan masa ambik MC pulak, ada doktor senior tanya, "kepala adik terhantuk tak xray ke?"

ni yang menjadi persoalan sehingga hai ni,, dan semalam zyla mendapati ada kebenjolan kat kepala zyla ni. nak ke klinik jadual padat. terpaksalah tangguh sampai stdy week nanti. 








Monday, April 16, 2012

kelam kabut




kelam kabut! sekali harung! sahut menyahut!

itulah situasi zyla... sekarang ni dan masa ni, tak ada kisah lain dalam hidup zyla melainkan tugasan sahaja.. permasalahan yang lain zyla terpaksa ketepikan memandang sekarang ni   memang tak larat nak berfikir hal lain. tengah focus nih.. hehe

minggu depan zyla dah start stduy week, next month memang sah lah final pulak... ayooooooo...tak menyangka zyla bakal menutup tirai semester 4 yang penuh keindahan ni. zyla amat bersyukur sebab dari mula sampai bakal pengakhiran ini semuanya berjalan dengan lancar. alhamdulillah.

sebenarnya sebu juga perut zyla ni bila makin hari banyak kerja yang nak kene selesaikan. lagi-lagi zyla ni yang agak gelabah bila saat-saat akhir dah menjelma. tak campur lagi tu dengan urusan luar yang menuntut komitment dan kesabaran yang agak tinggi.. tercabar hati zyla .

petang tadi baru lepas hantar assgmnt Finance, dah dapat pulak Assgmnt untuk Taxation. sekarang ni zyla kene fokus dan bertahan untuk 2 subjek killer paper nih.. nasib laa Financial Accounting sentiasa bertolak ansur dengan zyla.. tapi ada satu lagi yang memeningkan  zyla, company law.. Rabu ni akan ada 2 tugasan sekaligus! tebaik laa..

bagi yang sedang belajar, mesti faham sangat2 kan saat getir bila assgmnt melambak. mesti jadi kelam kabut kan? lebih2 lagi kalau buat dalam group.. mesti ada yang tarik2 muka kalau ada kawan yang buat kerja lewat kan? semua tu zyla dah alami dah. dah selesai pun tapi masih berkesan dalam hati.

bukan setakat sebu perut zyla , buntu pun ada.. tension? jangan cakap laa.. mata zyla ni dah sakit sangat dok menghadap lappy hari2... haha.. ni complain ke apa..

sebenarnya tengah motivasikan diri ni.. melatih diri untuk menjadi tenang agar damai dan makmur bila buat kerja.. tak adalah disebabkan tension dengan kerja nak cari pasal dengan orang lain pulak. zyla tak nak jadi macam tu. kalau tension ada masalah kita diam2 sudah..

kalau dah selalu hadapi perkara yang sama mesti kita akan tersedar tentang sesuatu. macam zyla. dahlah badan memang tak pernah cukup rehat sehingga selera makan dah berkurangan (berat badan 46 kg!). zyla memang tak ada tenaga sangat nak buat kerja. tapi disebabkan kene siapkan gagahkan juga diri ini. masa ni memang tak berapa nak stabil.

kene manage semua dengan betul. makan, tdo dan rehat. kang tak pasal2 sakit lagi menyusahkan kawan2 pulak.. ngee. bila sibuk dengan tugasan perkara yang akan keluar dari mulut kita adalah " tak ada masa!". memang betul. tapi cuba fikir untuk kali kedua sebelum cakap macam tu. bukan kita yang tak cukup masa tapi banyak sangat "assigmnt" lain yang kita buat sebelum betul2 nak buat tugasan penting. masa itu ada, 24 jam yang Allah SWT jadikan untuk kita pasti ada sebabnya mengapa DIA jadikan hanya 24 jam, tak kurang dan tak lebih. zyla mula dapat kesedaran tentang ni 2 hari yang lepas, sebab tu zyla dah tak gelabah kalau banyak kerja pun redha saje dan yakin nanti akan dapat siapkan semua tu biarpun penat. 

lagi satu, zyla tak nak sebab banyak kerja dan emosi tak stabil kita asingkan diri dari orang. memang tak nak.. lagi tension kalau macam tu. 

kalau tak sempat zyla siapkan tugasan malam ni, subuh nanti tetap ada. rindu pulak masa sekolah dulu. pukul 4 pagi zyla dah bangun dah sambil tepek bedak sejuk kat muka. hehe.. al maklum laa masa tu kene serang dengan jerawat. sekarang dah oky sikit. 


relaks... walaupun dalam hati ni tengah fikir macam mana nak buat preparation utk kuiz dan test finance khamis dan jumaat ni.. disambung pulak dengan test Taxation 1 sabtu nanti... disambut pulak dengan assgmnt Taxation dan Law.. harap2 boeleh siapkan semua.









Sunday, April 15, 2012

aku juga manusia biasa!

hmmmm.... mulut ni nampak aje diam, tapi hati tengah berperang dengan kesabaran. Tengah khusyuk zyla menaip zyla tetiba boleh teringatkan sesuatu. sesuatu yang berlaku semester lepas dan perkara tu berlarutan sehingga hari ini. tercabar hati zyla ni sebenarnya. dahlah memang banyak nak kene sabar, ni pun nak wat zyla sabar jugak. boleh MELETUP tau kalau macam ni.http://www.emocutez.com.. 

zyla harap sangat-sangat dan sangat berharap semoga sahabat zyla yang sorang ni akan sedar jugak nanti.. wahai sahabat! janganlah buat perangai lagi. kteorang dah tak larat nak sabaq dengan hang.. kan dh cakap utara nih..

pening sebenarnya kepala zyla fikir masalah yang macam ni. semua mesti akan mengadu dengan zyla. hal yang kecik pun diorang akan  mengadu.. tapi macam mana zyla nak selesaikan??? bukan tak mampu, zyla malas sangat2 nak buang tenaga ni nak berbalah dan zyla amat faham kalau zyla dah berhujuh siap dengan hadis-hadis jap g keluar dari mulut ni.. lagiupun dah nak habis pengajian ni zyla harapakn semoga ada penghujung yang baik untuk setiap pertemuan ini. lepas ni ta taulah dapat jumpa lagi ke tak. 

tapi adakah sahabat akan faham??? tak faham kan??? tak mampu menegur melalui kata-kata, zyla cuba dengan hati! 

akan tetapi hakikatnya zyla hanya insan biasa.. bahu kiri dan kanan pun dh berat sangat ni.. kepala jangan cakap laa,, dah berapa banyak fomula akaun yang jam dalam otak pun zyla tak tahu.. itupun belum campur dengan masalah-masalah tersembunyi yang lain.. semuanya berkaitan dengan kesabaran hati..http://www.emocutez.com .. dah tak tertanggung lagi sebenarnya.. setiap kali dengar berita lain mesti dada rasa sendat sangat2... payah lah macam ni.. nak study pun tak senang..

kenapalah.. kenapa?? manusia ni banyak yang suka tinggikan ego??? ada apa dengan ego korang??? tak ada apa2 pun.. kosong tau tak?? zyla jamin EGO AKAN MEMBUATKAN KORANG MENYESAL. hambik kau.. aish...

beberapa minggu lagi ni nak final exam, zyla berharap sangat tak ada apa masalah lagi... dah tak  ada mood nak study sekarang ni.. tak payah nak berdoa moga cepat2 habis study.. kang cepat2 habis banyak benda tak dapat diselesaikan antara manusia...

manusia owh manusia! 


harus bagaimana?

selamat pagi! sambung entri ni yang terbengkalai malam semalam.

sekarang ni baru pukul 8.31 pagi.. burung-burung pun tengah berkicauan riang kat luar, mungkin berzikir kepada PenciptaNYA. sungguh, pagi ini adalah pagi yang indah. alhamdulillah, inilah nikmat Allah SWT yang zyla ingin nikmati setiap pagi.

berbalik kepada tajuk.. waduh, kok sekarang bicaranya bahasa indonesia... al-maklumlah, saya dari Tanah Borneo, jiran disebelah saya Indonesia..

sudah laa, poning zyla cakap bahasa jiran ni.. nak tulis dalam bahasa Sarawak kang ada yang tak faham.. ngee..

semalam zyla dengan ayah jalan-jalan kat Jalan Tar. memang syok laa kteorang dok usha kain kat situ. tapi tak beli lagi sebab perancangan ayah, bulan Jun nanti bawa ibu dan adik2 lain datang sini. huhu.. patutlah tiket zyla tak ada berita, rupanya kemungkinan besar lepas final tunggu diorang datang sini lepas tu baru balik sama-sama.

bila kita keluar memang normal laa kan akan tengok pelbagai raga dan fesyen show free.. beul tak?? lagi2 kalau part tudung.. pergh! semua fesyen ada.. mungkin tak selesa pada pandangan kita kalau yang berbelit2 lebih 5 kali tu.. hehe.. tapi mungkin itu lah keselesaan pada si pemakai. semalam zyla pakai simple ae, kemeja dan selendang biasa..

bila tangan dok belek-belek baju, zyla terfikir.. " umur aku dah 20 tahun, tak kan laa memanjang keluar nak pakai Tshirt dengan jeans". zyla pun tanya ayah.. ayah decide, better guna blaus. nampak matang sikit. betul jugak tu.. dan sekarang ni pun ayah dah tetapkan setiap Jumaat tak kira kemana zyla nak pergi dan bersama siapa better guna bau kurung. nanti nak beli jubah la.. boleh pakai hari Jumaat. pelan-pelan didik diri ni.. 

banyak kali dah zyla fikir, masak-masak sampai hangus zyla berfikir. zyla sayangkan ayah zyla, sayang sangat2.. so sekarang ni dah tekad nak tutup aurat sesempurna yang boleh.. cayoik laa! selalu laa ingat dengan kain kapan yang kita tak tahu bila kita akan memakainya.

ada orang, kalau kita borak pasal aurat ni dah pandang lain. sindir-sindir " nape pulak kalau nak pakai macam tu skrang?" pelik sangat ke??? zyla tak kisah apa orang nak cakap, janji akhirat nanti ayah zyla senang. tak ditanya tentang mengapa tak tegur zyla untuk tutup aurat.

teringat pulak soalan sahabt zyla yang dok study kat UPM. bila nak pakai tudung labuh pulak. alhamdulillah! sekarang ni tengah biasakan pakai tudung yang labuh2 sikit tak laa sekali zyla pakai tudung labuh terus semua orang terngaga. mesti ada yang cakap. " dah dapat hidayat dia ni"... 

nilah part yang zyla tak faham... kenapa kalau ada yang berubah nak jadi baik sikit , terus nak cop diorang dah dapat hidayat.. aish. sepatutnya kamu yang menegur tu rasa malu, hidayat Allah bukan senang nak dapat.

kesimpulannya, kalau ada sahabat yang nak berubah. jangan laa kita sindir2 dia. bagi sokongan. dan lepas tu tanya diri kita pulak bila nak jadi macam sahabat.. sentiasalah beringat, kita hidup kat dunia ni tak tahu bila kene seru balik ke sana.  




Friday, April 13, 2012

Financial Accounting 3 dan Fathin Fazila

sekarang ni tepat pukul 12:21 tengah malam. bermaksud dah masuk hari Jumaat. pantasnya masa berlalu. syukur alhamdulillah bila dengar berita amaran Tsunami kat Malaysia dah ditarik balik.


http://www.emocutez.com.. letih. itu sahaja yang keluar dari mulut zyla sejak bulan Mac yang lalu. sebenarnya ada jugak sayu dihati zyla bila tengok entri zyla.. sejak bulan Oktober yang lalu memang tak pernah lebih 10 entri yang zyla hasilakn. itu bermakna bukan semua benda zyla akan kongsikan kat blog ini. perlu ada pendirian supaya orang senang nak baca blog kita kan??? ish2.. walaupun tak ramai follower tapi zyla tahu yang membaca tetap ada kan3?? mana taknya, setahu dan seingat zyla.. bulan lepas zyla tengok yang baca blog ni dari mula zylla berblog hanya 5,000 lebih tapi hari ni tengok yang view dah cecah 7300.. alhamdulillah.

setiap kali buka blog dan dengar lagu rasa bosan pulak kan??? so zyla dah decide nak tukar lagu. sedap sikit. tak lah guna lagu yang sama dalam tempoh yang lama kan? zyla pun boleh jadi jemu. 


bukan cerita pasal blog yang zyla nak tulis. memandangkan sekarang ni zyla dah sem 4 dah nak dekat final dah pun, jadi saat2 keemasan macam ni zyla nak sebaiknya untuk mencatat perjalanan akhir zyla sebagai mahasiswi. 

hari ni merupakan hari terakhir zyla dan sahabat dengan subjek Financial Accounting. alhamudlillah... kiranya nilah hari terakhir kteorang belajar mengira untuk subjek utama, Financial Accounting 3. dari tingkatan 4 zyla kenal dan rapat dengan semua pengiraan dan formula account akhirnya zyla berjumpa dan memberi salam perpisahan buat sesi pembelajaran itu. 


setebal 901 muka surat. memang laa tak semua topic dalam buku ni kteorang stdy tapi hampir separuh. Buku nilah yang kteorang bawa ke hulu ke hilir dari sem lepas dan akhirnya pada hari ini. tak terkata .

zyla doakan semoga pengajian zyla akan berakhir dengan baik. semoga masih ada kesempatan untuk zyla kekal dalam bidang perakaunan ni. mana tahu layak pulak ambik ACCA kan?? semoga. 

## dah pukul 1 ni .. zyla nak lelapkan mata kejap.. lepas tu nak bangun lagi.. lebih awal dari biasa. 


Wednesday, April 11, 2012

tsunami... amaran dari Allah SWT buat kita.

subhanallah... semenanjung sekarang ni baru je masuk waktu Maghrib, sabah sarawak dan labuan dah dekat nak isyak. tapi tadi zyla baru dapat berita Acheh kene TSUNAMI lagi. astrafillurahalazim.bergetar jiwa zyla mendengarnya. mana tak nya, kawasan KL, Kelana Jaya pun rasa gegeran tau petang tadi, kira2 dalam pukul 4.20 petang. 

petanda buruk ni. sma2 lah kita berdoa semoga saudara2 kita tak kira sesiapa pun akan selamat dari sebarang bencana buruk. risau dah ni.. sebab ada adik kat Perak, ayah pula memang ada urusan kat KL sekarang ni. tadi terus kol dia.. mana tau dia ada rasa apa2 ke kat sana. 

tahun lepas Jepun pulak teruk kene dengan tsunami ni. amaran dari Allah SWT. betul la kata sahabat zyla, Qayyum.. kta hanya mampu berdoa.  bukan dapat buat apapun kalau perkara nak terjadi baik atau buruk akan tetap terjadi kerana semua itu kehendak Allah SWT. 

dah lah sabtu ni zyla nak daki bukit broga.. batalkan sahaja niat ni. takut apa2 benda buruk terjadi. sama2 lah kita berdoa  semoga semuanya selamat. 

sekali harung


alhamdulillah, video untuk bahasa arab dah selesai. report Financial Accounting 3 pun dah selesai . tunggu nak hantar je lagi. tugasan yang nak kene hantar minggu depan Introduction to Finance dengan presentation English. dah biasa dengan semua ni zyla pun dah tak heran kalau tak cukup rehat. kalau minggu lepas 2 hari zyla bertapa kat kolej untuk ESQ TRaining, sabtu minggu ni pulak zyla join group usrah zyla untuk mendaki bukit pulak. (^_^). 

petang-petang macam ni nak cerita pasal sekali harung.. jap2.. ada tak yang tak pernah dengar?? sekali harung tu maksudnya buat lebih dari satu kerja dalam satu masa atau lebih tepat, siapkan seberapa banyak kerja lepas tu hantar sekali. dah boleh lega!http://www.emocutez.com 

itulah perkara yang dah sebati dalam hidup zyla.. buat semua benda dalam satu masa... kirannya memang sekali harung lah! kalau pagi tadi zyla siapkan financial accounting, tengah hari  sampai zuhur tadi buat video bahasa Arab dan petang ni ada usrah. malam pulak sambung buat finance.. tak kan sekali harung namanya ni.. memang macam tak ada life!

macam zyla nasihatkan sahabat. sekali harung jugak.. 2,2, mesti kene. mungkin sahabat2 zyla tak pernah lalui apa yang zyla lalui sehingga diaorang rasa zyla macam mendesak. tapi tak apa, sebab experiment zyla 7 bulan yang lalu telahpun berjaya. walaupun dalam masa tu tengah berperang dengan perasaan sendiri, akhirnya semalam seorang sahabat telah menghubungi zyla dan sedar benar apa yang zyla katakan selama ini! syukur lah, sebab zyla tak pernah sekali pun terasa hati atau nak menjauhkan diri (bukan memang jauh ke ni??).  

bila kita menegur orang bukan senang. diorang akan dok tuding jari kat kita. tak kisahlah. sebab zyla yakin dengan apa zyla bagitau. zyla sudah hilang seorang sahabat kerana rokok, arwah sendiri pernah mengatakan pada zyla memang membenci sahabat terutamanya perempuan kalau tegur pasal rokok ni.. arwah katakan juga kalau boleh diputar masa, mahu sahaja dia mendengar nasihat sahabatnya dulu. tapi sekarang semua hanya tinggal kisah sahaja. dan dihujung hayat arwah akhirnya dia gunakan juga berus dan ubat gigi yang pernah sahabat dia bagi. dan itulah perkara yang sama zyla lakukan pada seorang sahabat. dan kesannya, sama seperti arwah. mendiamkan diri. baik lah. 

itulah kerana bila ego menguasai diri. menegur sebab zyla saban hari ditgur. selalu dinasihatkan begini dan begitu. yang zyla bagitau adalah sekadar untuk berkongsi. tak mengapalah  zyla cuba saje, berbulan-bulan nanti kita tengok la hasilnya macam mana k.




ni pulak nak kongsi gambar masa buat bahasa Arab tadi.






ngee... bila tengok gambar ni teringat masa sekolah dulu, umur 16 tahun. oh! kesimpulannya, saya Fathin Fazila BT Razali,insan yang sama.

disebabkan buat kerja sekali harung, masa nak shooting laa zyla baru nak hafal dialog. baru tahu macam mana payahnya para pelakon nak berlakon. 

ni pulak member group zyla.. Faza, Ara dan Adah.. memang best dengan diorang ni.. sbb sama kelas dar sem 1 lagi.

+
+

+



dan si gadis ayu bawah ni kawan2 zyla jugak.. kak linda, suhaila dan kak fara... 

 


ni pulak masa genting masa nak tunggu pro art present subjek company law.. giler nerbes.. nasib kawan ada bawa ipad dia.. lapply zyla pulak member tengah ubah design slide show kteorang. tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. 


pertemuan.


assalammualaikum...

awal pagi lagi bangun terus kol mak zyla..tu dia pagi-pagi lagi dia rajin dok tanya khabar sahabat-sahabt zyla. jadi tak hairan laa kalau dia jumpa kawan2 zyla macam dah betul-betul kenal..

pagi-pagi ini nak story morry sikt sebelum nak melaksanakan semua report dan video bahasa Arab tengah hari nanti.. kawan2 semua senang lena diulit mimpi bersama "Putera Charming" masing-masing. zyla bangun awal2 sebab nak tengok ciptaan Allah pada pagi yang indah dan penuh bermakna ini.

terlebih dahulu, zyla nak bagitau hari ini hari jadi adik zyla yang ke3.. Fahim Fiqri Bin Razali. Selamat menyambut Ulang tahun yang ke 14 wahai adikku. along doakan semua panjang umur, bahagia disamping kami sebagai keluargamu dan selamat maju jaya dijalanmu sekarang. Tuntula ilmu dengan usaha kerasmu. semoga Allah mengasihi dirimu wahai Adik kesayanganku.


pertemuan.

straight to my topic.. pertemuan. i believe that every of us are always meet this moment.. meet a new friends.  may i ask u, in your first meet, what the first things that u think about your  new friends?? 

semestinya banyak anggapan kita bukan?? subhanallah.. kata2 ini zyla ambil hasil dari Esq Training tempoh hari. zyla bukan hendak bercakap tentang orang lain tapi diri zyla sendiri. sudah banyak sahabat yang zyla kenal ke mana sahaja zyla pergi dan kami berjumpa dalam satu keindahan yang nyata. (^_^).

kenapa zyla cakap macam tu sebab setiap pertemuan yang zyla lalui teramat la bermakna. biarpun ada diantara pertemuan itu agak malap hari ini tapi zyla tak berhenti semoga satu hari ini nanti kami akan bersua semula seperti sahabat yang baru.

zyla akui, tahun lepas dan yang lepas-lepas.. fikiran dan tindakan zyla masih belum dewasa lagi.. alamak! kalau cakap part macam ni kene mengaku jugak umur dah masuk area 20-an kan?? yorlh. dah masuk 20 tahun  ni. banyak benda yang zyla kesalkan. kenapa perlu pertemuan itu berakhir sebegitu ??

bolehkan kalau zyla hendak perbaikinya?? ingin hajat dihati memohon maaf, dihadapan sahabat sekalian. ingin diucapkan rindu dan sayang pada sahabat. sungguh benar! zyla amat rindu!

sebenarnya pada zyla, apa jua yang telah berlaku pada pertemuan itu tidak pernah lagi memberi kesan dihati zyla. biarpun hati pernah dilukai. zyla percaya, perjalanan hidup dan takdir kita Allah yang tentukan. dan sahabatku, jika sudah tertulis di Loh Mahfuz kita adalah begini dan ingin diriku memberitahumu bahawa aku mahu perbaiki keadaan ini. izinkan aku!

tapi masalahnya sekarang. adakah ini masa yang tepat dan adakah zyla benar2 berani?? bercelaru. tak ada siapa yang mampu untuk membantu. semuanya bergantung kepada zyla sendiri. Perancangan masa depan zyla untuk 2 tahun akan datang banyak membataskan diri zyla dari balik ke Sarawak. Hujung tahun dan mungkin sehingga tahun depan zyla akan terlalu jarang2 balik ke sana. kalau dah tak balik macam mana nak jumpa sahabat???? dok jadi orang nomad duduk kat sini. itulh yang agak memeningkan zyla. 

zyla berani menulis entri ini buat sahabat yang membaca. 

sahabat, jika ada silap dari zyla.. ( bukan jika lagi, memang ada)..huu.. zyla ingin memohon maaf. desakan hati ingin semuanya jadi indah seperti dulu. memang benar antara kita terselit luka, tapi jika kau ingin tahu kebenarannya, luka itu bagaikan hilang ditelan dek kesibukan zyla dengan kuliah yang berpanjangan seperti musim kemarau dan salji yang tak henti2 nk berhenti, (ayat apa nie?).

"sesungguhnya dalam badan manusia ada segumpal daging.Bila ia baik maka baik lh jasad. jika ia rosak maka rosakla seluruh jasad. Dan segumpul daging itu adalah Hati "

hadis riwayat Al Bukhari.

sahabatku, pejam erat matamu, pegang dan bertanyalah pada hatimu. jika kau senang segalanya kekal begini maka biarkan coretan dari sakura ini sebagai cepisan kertas yang perlu kau bakar. jika hatimu juga inginkan keindahan , maka jawablah dengan indah juga ya. (macam indon pulak). 

Adanya aku didunia ini adalah kerana Kehendak Allah. seperti itu juga kamu sahabatku. Adanya pertemuan ini adalah kerana kita adalah bersaudara. aku menyayangi dan mencintai setiap sahabatku adalah kerana Sifat Ar Rahman Pencipta kita. semoga dengan sifat As Salam Pencipta kita, kau dan aku akan saling merasa kesejahteraan hidup ini. sungguh, cita-citaku adalah untuk kembali kepadaPencipta kita dengan penuh rasa kasih sayang kepada sahabat2 ku. 

namun  terlebih dahulu, aku mohon maaf andai sekali lagi aku membuat salah. 







jika zyla bahagia bertemu dengan sahabat baru,
dah silarurahim antara kami amat terpelihara sehingga detik ini,
mengapa tidak kita wahai sahabatku,
adalah lebih bermakna jika kita boleh jadi seperti ini.

tiada paksaan.

p/s: sahabat dari kota bharu.. liyana, jangan kau seru aku ke kelantan pulak selepas nih.. bangi , terima kasih pertemukan aku dengan sahabat2 baru ini. 

Monday, April 09, 2012

Percaya Diri Sendiri.


Bismmillahhirahmannirahim... Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

zyla mulakan pagi ini dengan lafaz bismillah. semoga sahabat-sahabat turut melakukan perkara yang sama. alhamdulillah, ESQ Training yang berlangsung 2 hari lepas dah pun berakhir. kesannya terlalu amat terkesan di hati ni. dan zyla berharap agar kesannya akan berada teguh dalam hati ini buat selama-lamanya dan orang disekeliling zyla akan dapat merasai kekuatan baru yang zyla perolehi selama 2 hari.

Memang memenatkan leadership training ni... bayangkan selama 2 hari, zyla dan sahabat-sahabat lain duduk dalam dewan dri pukul 7 pagi smpai 7 petang. memang laa ada rehat, ada aktiviti , gelak ketawa, tapi penatnya masih terasa. tetapi yang zyla dapat simpulkan adalah kepenatan itulah yang zyla cari selama ini untuk tetapkan hati dan perbaiki segala kelemahan. zyla bahagia dan senang hati bila lihat semua pelajarKPTM seluruh Malaysia balik dengan senyuman. walaupun perkenalan kami singkat tapi kasih sayang yang terjalin terasa akrab sekali.. wah2.. ayat pagi ni.. (^_^).

walaupun esq membuatkan kami semua mengeluarkan air mata dari hati yang rapuh ni, rupanya dalam masa yang sama kami dibantu untuk sedar siapa diri kami dan apa matlamat kami selama kami hidup ini. 

kalau korang ada dengar tentang ceramah ESQ TRAINING ni.. zyla syorkan korang untuk join. memang tak rugi, datang dengan hati yang mungkin kosong, dijamin akan balik dengan hati yang penuh isi. confrm kenyang la!

buat masa ni memang zyla perlukan masa untuk bersendirian, ditambah pula sibuk dengan urusan kolej dan final exam tak lama lagi.. memang ada beberapa perkara yang zyla perlu buat dan selesaikan. next sem memang zyla tak janjikan zyla akan balik sarawak lepas final exam, mungkin terus stay kat sni dan praktikal. habis semua tu baru balik ke sarawak dengan hati yang lapang dan bahu yang ringan.. maknanya tak ada tanggungjawab lagi laa.

cuma satu sahaja yang zyla doakan mulai pagi ini, semoga segala urusan zyla, keluarga, saudara mara, guru2 zyla dan sahabat2 zyla diberkati dan diredhai Allah SWT. 

sesuatu jugak yang zyla dapat semalam yang membuatkan zyla tersenyum sendiri. petikan dari teori ini.


kata-kata yang penuh bermakna ni..
mula2 dengar memang zyla dah sengih2 sampai ke telinga..
al maklum laa... "sakura"
tapi bila zyla tengok lama2
eyh, aurora tu kan kawan zyla..
(^_^)

gambar ni pun dah jadi cover page kat fb
hope semua terima dengan senyuman dan kasih sayang,
tak ada niat apa2. 


Saturday, April 07, 2012

akhirnya itu milik aku jua.


lama tak update blog ni.. berdebu dan bersepah entri lepas kan?? mgkn ada beberapa entri yang zyla akan delete.. sebenarnya zyla sendiri tak sangka sekarang dah masuk bulan 4.. April sudah.. korang kene ke April full tahun ni?? lama zyla tak kenekan orang dan dikenekan orang.. haha.. tahun depan kot boleh kenekan bakal "kawan  sepejabat""... waseh, berangan sudah.. sbb masa tu zyla dah praktikal.

hari ni memang penat gilerrr... sabtu pun sibuk kan... aish! sebab hari ini ada program ESQ TRAINING kat kolej... memang gempak walaupun penceramahnya orang indon..tak kisahlah siapa pun penceramah tu, asalkan dia sanggup berkongsi ilmu dengan kita tak jadi masalah kan? alhamdulillah taklimat tadi memang gempak! terbaik yang pernah zyla alami.. sbb ESQ program ni berlandaskan Al-Quran, Sunnah and Sains.. sayangnya masa ceramah  tak boleh nak ambik gambar.. tapi jangan risau, zyla banyak salin input drr ceramah tu... berguna sangat untuk share dengan korang.kita ambik ikthibar sama2.

tadi lepas mandi dan makan, lepaking pulak dengan kawan sebilik ni..tak tahu mana mulanya, kteorang brcakap psal sijil LCCI.. kalau tahun lepas zyla tertanya2 bilalh sijil tu akan jadi milik zyla.. so sekarang dah ada jawapannya.. dah lama juga zyla terima sijil ni tapi lupa nak cerita sebab sibuk sangat urusan2 lain. update blog pun cerita pasal lain..

malas laa nak buat mukadimah panjang-panjang berjela... straight to the point. tu dia sijil zyla.. alhamdulillah... masuk CIMB Bank ni laku tau.. nape zyla nak upate pasal ni sbb ni hasil usaha keras zyla pada masa lalu.dah alang-alang  ada blog ni zyla karang laa semua perkara2 yang "meaningful" sangat sekarang ni. 

first of all, memang banyak orang kata bidang yang zyla ambik ni (akaun) tak ada masa depan kan? alahai! sodeh hati aden ni mendengarnya.. tapi syukur alhamdulillah sebab zyla mempunyai mak ayah yang betul2 support zyla. jadi apa orang nak cakap zyla dah tak nak dengar. buat apa nak dengar cakap orang lain kalau mak ayah dah bagi restu?? betul tak?? zyla tahu ramai yang minat akaun ni tapi ada yang takut nak ambik sebab susah.. yap! memang susah, ada tu mak ayah tak kasi, banyak orang cakap tak ada masa depan. tolong laaa... zyla merayu sangat, buka minda, pandang ke hadapan.. tak kisahla apa2 bidang pun kalau ada usaha , Insya Allah akan menjadi jugak.. tak semestinya kalau ambik akaun jadi akauntan. bukan macam tu. tapi kalau adik2 kat luar tu nak tau, sambil2 belajar akaun ni.. korang akan didedahkan dengan paper2 yang best.. contohnya, Management, Costing, Financial Accounting (wajib), Finance , Taxation, Audit, Perniagaan Islam, Ekonomi, Company and Commercial Law, UBS software, Excel.. . dalam kita belajar ni, kita dah nampak dah kalau lepas habis study nanti nak masuk bidang mana. Taxation contohnya, boleh apply kerja kat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), jap! LHDN tu kerajaan juga.. so kepada sesiapa yang memang demand nak jadi orang kerajaan awal2 , korang memang dah boleh apply, janji stdy akaun dulu. BOLEH?


Berbalik kepada sijil zyla ni, zyla baru perasan zyla dapat LEVEL 2, rupanya. oky2, mungkin tak sebaik Level 1, tapi kalau jual laku jugak kan??? sijil ni memang lama nak tunggu dia sampai kat tangan kita.. bila masa nak ambik sijil ni??? masa SPM dulu... ni kiranya langkah pertama untuk korang dan zyla menjadi yakin dengan peluang kerja dalam bidang akaun ni..



sekarang ni pun zyla dah diakhir pengajian dalam diploma akaun, Insya Allah zyla akan habiskan pengajian ni dengan baik sekali. amin. tapi kawan ade jugak bagitau, untuk UBS tu kita ta boleh apply sijil dia. memang zyla tak akan lepaskan peluang la! susah nak dapatkan LCCI ni zyla dah lepas, UBS SOFTWARE, zyla sanggup telan susah dan peritny sebab zyla dah lalui saat tu. tapi kene struggle betul2 laa untuk UBS ni sebab ni IT punya part. kelemahan zyla.. untuk kejayaan memang nak kene usaha lebih kan??? Julai nanti zyla dah masuk sem 5, leps tu praktikal kemungkinan besar zyla stay sni je.. tak balik sarawak masa tu.. oh my sarawak!!! rindu sudah ni.. 

inilah risiko yang zyla kene ambik. nak buat macam mana kene usaha keras untuk masa depan zyla.. zyla pun harap sangat cikgu akaun zyla , Mdm Lu Hung King tu masih mengajar kat situ... banyak benda zyla nak tunjuk kat dia, hasil usaha zyla sendiri. zyla sayang sangat kat dia.. sebb dialah zyla teruskan bidang akaun ni walaupun memang bidang akaun ni payah sangat yang teramat. 

oky! mata dah mengantuk dan badan dah penat sangat ni... esok memang terbaik laa.. sebab esok laa nak prepared untuk presentation Law group zyla, Pro Art. lepas tu assignment satu per satu nak kene hantar sbb bulan ni last .. kene bnyakkn bersabar ajelah. 


Tuesday, April 03, 2012

dah tahu baik.. tapi..

tak sempat nak buat entri masa kat bilik, sampai kat lab kolej pun zyla bantaii je komputer kolej ni.. sila lihat tajuk di atas... kesedaran mula menerpa dan mengetuk hati zyla saat zyla berjumpa dan belajar benda yang baru.

masa lalu..

zyla sebagai budak yang baru berusia 13 tahun.. masa ni memang tak tahu apa2.. apa yang zyla tahu, aktiviti dan sekolah.. tu pun akademik memang takat2 suam aje.. tapi tak sangka pulak, boleh meloncat sampai tahap ni.. aish.. macam bermimpi aje.. okeh! mengaku, dulu memang malas giler nak masuk kelas , hati ni lekat dengn aktiviti luar aje, sampai cikgu komplain kat ayah, zyla suka dengan aktiviti luar berbanding study dalam kelas.. 

dulu masa tak faham satu2 subjek memang kiranya tertinggal habis laa, malas betoi budak ni nak study atau tanya kawan2 lain... biarkan aje.. sekali ambik kau masuk tingkatan 3, pindah sekolah pulak tu.. terkantoi sudah.. aish! tapi syukur alhamdulillah, frm 4 baru ada kesedaran dan memang betul2 sedar walaupun nikmatnya sikit at least tak adalah yang merendahkan zyla lagi, zyla dah melangkah ke hadapan seorang diri. .. ahaks! 

samalah keadaan sekarang, cuma hari ini dah dapat fikir dan cepat2 perbaiki... ada perkara yang kita rasa baik tapi kita lengah-lengahkan, tak rasa rugi ke???? terus terang zyla katakan.. memang rasa rugi..tak salah kita ni usaha lebih dan belajar teruk sikit asalkan nanti kita mahir dengan apa yang kita dah kuasai tu.

bak kata kawan zyla.. pemahaman tu memerlukan proses.. tapi apa yang zyla kecewa sangat bila dah terang tang tang benda baik tapi dipandang ringan aje, tak diamalkan padahal benda senang...

betul2 , tepuk dada tanya selera dan iman... apa korg buat tu nanti kubur masing2 kan.. tak fikir pulak, nanti Allah akan tanya org terdekat dengan korang asal tak menegur sahabat! ni yang best ni.. bila zyla sendiri yang mengalami situasi yang memeritkan lepas tu zyla cuba untuk menegur orang, dan sekarang zyla pulak yang disalahkan.. cara tak kene.. baik la... kalau nak kata cara zyla salah.. salah laah zyla. terpulang.. nanti kalau benda dah jadi mudarat, tanggung sendiri. zyla akan sibuk dengan kerja zyla sorg aje.. tak nak ambik peduli. mungkin tak faham , kenapa mesti zyla yang serabut dengan masalah dan sibuk dengan urusan kolej ni yang tegur kan2??? zyla yang menulis ni pun serabut dah! lagi2 yang baca kan2?

zyla berharap adik2 bawah zyla ambik pengajaran.. kalau dah sedar benda baik, mulakan langkah untuk jadi baik.. serius ni, sekali kita berpaling kepada jalan yang bertentangan memang payah nak mulakan jalan yang satu lagi.. malu tu akan membuatkan kita lemah semangat dan memperbaiki kelemahan.. jadi yang mana korang nak pilih.

sejak 2 menjak ni, zyla sedar peranan zyla sebagai kak long kepada 4 orang adik memang memberi kesan kepada keluarga zyla.. walaupun adik2 zyla jauh, ada yang kat betong, perak, sarikei dan zyla sendiri di bangi.. kteorang memang jarang sangat nak berjumpa... tapi zyla rasa bersyukur sebab dari cerita mak dan ayah adik2 banyak yang dah berubah.. tak kisahlah zyla jauh mana dan buat apa, apa jua perlakuan, kemajuan dan kelemahn zyla sebenarnya adik2 nampak bila amka dan ayah bercerita dengan diorang.. dan zyla berharap, walaupun zyla tak ada kat sisi mereka, adik2 zyla tetap masih berjuang dalam menuntut ilmu... itu yang penting dan harap diorang menerapkan nilai2 yang baik dalam diri masing2.