Tuesday, November 22, 2011

apakah penghujung 2011 ini?

assalammualaikum...

sebelum meneruskan kata-kata, (cewah!).. zyla nak ucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang mewakili negara ke Sukan SEA yang ke 26 di Palembang. Perasaan bangga memang tak payah cakaplah bila TEAM HARIMAU MENANG DENGAN PANALTI 5-4.. cayalah MALAYSIA! of course kita bukan takat nak puji Khairul Fahmi je tapi semua team yang berjuang habis-habisan selama 120 minit perlawanan menentang Indonesia... dan zyla pun bagaikan tak percaya dengan diri zyla sendiri yang sudah bijak untuk mentafsir dunia bola sepak ni. tapi sorry k, zyla tak minat fanatik macam yang lain.. setakat ini zyla hanya akan fanatik bila team Harimau kita menentang mana-mana negara.. alhamdulillah.. akhirnya Malaysia sekali telah berjaya untuk mengangkat nama dalam arena bola sepak. siapa sangka betul tak? ingat senang ke nak buktikan kesungguhan kat padang bola? syabas Malaysia! semoga selepas ni makin ramai bakat-bakat muda yang berkualiti untuk memperjuangkan arena bola sepak Malaysia. MALAYSIA BOLEH! semangat ni. tapi perlawanan semalam zyla respect habis dengan Baddrol sebab dia POWER!! walaupun sepak tak mengena tapi dia memang TERBAIK..  


panjang giler mukadimah zyla. sekarang ni kita kembali pulak ke kehidupan zyla. sekarang ni zyla tengah menikmati cuti-cuti zyla.. adeh! padahal bakal menjalani hari-hari yang memenatkan. alah cari income lebihlah apa lagi. dan saat semalam jugak semasa kita semua sibuk dengan bola sepak, family zyla pulak sibuk dengan adik zyla, Fiqri yang baru bersunat.. hehe.. akhirnya adik lelaki zyla semuanya dah bujang. 


tinggal sebulan lebih sahaja lagi tahun 2011 ini akan meninggalkan kita dan tahun 2012 bakal tiba membawa seribu satu persoalan.. lepas ni sibuk pulak kita nak fikir Azam baru, hp baru, awek/pakwe baru, .. hehe.. tak adalah.. tapi tahun depan kemungkinan besar zyla akan buat banyak perubahan besar dalam hidup zyla dan cabaran yang agak berisiko untuk zyla.. apapun disebabkan umur yang bakal mencecah 20 tahun pada 19 Disember 2012 nanti, zyla kene berani untuk mencabar kemampuan diri.. oky2.. itu semua boleh story nanti, now we back to the story... zyla pun sebenarnya agak berdebar-debar menanti tarikh terakhir bagi tahun ni.. no one knows what might happen right??? pelbagai benda yang kita tak jangka boleh terjadi. mengapa zyla berkata sebegini rupa.. sebab  tahun lepas, adui.. sedih pulak nak cerita ni.. pelbagai insiden yang tak dijangka sudah berlaku kepada saya dan saya tidak mahu ia berulang lagi! oH! TIDAK!  apapun kita berserah kepada Allah SWT.. kalau DIA MENGIZINKAN SESUATU ITU TERJADI, MAKA AKAN TERJADILAH.. JIKA DIA TIDAK MENGIZINKAN SESUATU ITU UNTUK TIDAK TERJADI MAKA , TIDAK AKAN BERLAKULAH IA... faham tak?


2 bulan kebelakangan ni memang zyla agak-agak mengabaikan blog kesayangan ni. tapi zyla tengok rakan blogger yang lain pun jarang nak update.. tak pe.. busykan?? zyla pun rasanya dah banyak terlepas entri-entri yang terbaik dari korang semua. 

dan sebelum mengakhiri entri ni... zyla nak bagitau korang satu rahsia.. boleh tak??? 

rahsianya adalah... zyla rindu family kat Sarawak.. huhuh..:"(


Thursday, November 10, 2011

sekali seumur hidup zyla

assalammualaikum...






petang ni zyla ada paper Pengajian Malaysia.. pukul 2.30 nanti. sekarang baru pukul 12.40 tengah hari. dah habis khatam buku Pengajian Malaysia zyla nak update blog! otak dah tak leh terima dah ni.

seperti yang zyla rancangkan. cuti semester ni zyla tak balik.. huhu.. so stay kat sini je.. kat mana? Selangor/ KL.. 

sebenarnya nak cakap... zyla sedang menunggu tarikh 19 Disember 2011.. setiap tahun zyla sentiasa tunggu tatikh bersejarah ni.. ingatkan nak buat entri ni masa 19 November nanti. tapi tak jadilah kang tak ingat.. zyla sendiri yang rugi.. ngee~~.

sebabnya nanti bila tarikh tu tiba maka genaplah usia zyla 19 tahun pada tarikh 19 Disember. entah apa akan jadi pada hari tu zyla tak tahu. tapi yang pasti zyla tak sambut dengan keluarga, tak ada hadiah dari insan yang tersayang, tak ada ucapan dari kawan2 kat Fb sebab zyla privatekan birthday zyla.. zyla nak tau kawan yang mana yang betul2 ingat dengan zyla.. ngee~~ padahal nanti dok sayu je hati kalau ada sorang dua je kawan yang wish.. tapi tak apa.. apalah guna kalau ada banyak kawan tapi tak menghargai dan lebih baik kalau hanya ada sorang kawan tapi reti nak hargai dan bertolak ansur dengan kita..

zyla sentiasa cemburu kalau orang lain smbut birthday.. manja mengada-gada macam nilahkan? yelah.. zyla nak jugak kalau birthday tu ada orang bagi suprise tapi selalunya hanya mak yang ingat.. dan yang best mak yag wish dan adik-adik akan nyanyi walaupun diorang segan! anyway, thnks to my family.. aceh... macamlah hari ni birthday zyla.. mana tau jodoh tak panjang, kang sebelum tarikh tu zyla dah tak ada ke.. takdir Allah siapa dapat jangka kan?

Tapi tahun depan 2012 zyla dah genap 20 tahun pulak.. mak aii.. dah masu 20-an. kene matang sikit. walauppun hakikatnya, masih budak2.. nak buat macam mana kalau anak sulung memang manja kan ? 

tahun depan cerita lain pulak.. dah hujung tahun ni.. azam koang dah tercapai ke? zyla? adalah jugak.


kadang kala sedih itu bawa berita bahagia,

kadang kala ketawa itu bawa berita sedih

^_^

apapun yang terjadi percaya pada Allah SWT,
HE knows the better for you,
and always try the best for the meaningful life. 

Wednesday, November 09, 2011

bila zyla ada dan tak ada..







situasi 1:

A: zyla mana?
B: tak ada.. keluar kot.
A: asyik tak ada je.. hurm

Situasi 2:

C: zyla tak datang ke?
D: tak kot.. cakap sibuk..
C: asyik sibuk je.

Situasi 3:

F: pelik zyla tak ada.
G: kalau dia ada mcm apa daa.
F: zyla2..

Situasi 4:

H: mmg biasa dia tak ada.
I: kalau dia ada kejap je..


zyla: memang kadang2 zyla ada.. kadang2 tak ada.. zyla jarang nak spend masa dengan orang sekeliling.tapi tak bermaksud zyla ni tak suka nak bergaul dengan orang. NO! cuma lebih selesa ke sana ke sini je... 


okylah.. nak study.. esok ada paper laa..


wordless wednesday 9/11/2011

assalammualaikum...

hari ni dah 9 haribulan,
tunggu 14 haribulan.
habislah paper utk final,
maka lengkaplah semester 3 zyla..

esok pun ada paper lagi
tapi belum ada semangat nak study.

semalam mak kol ,
tak angkat sebab baru keluar dewan
dan hp off

malam
nak kol 
tapi penat sangat,
so TDO TERUS..

pagi ni kol,
hurm.. 
terus tak ada semangat.

mak,
janganlah patah semangat kak long

apa zyla buat  pagi ni?


video


hmm.. last2 zla layan mat luthfi..

bye.

Saturday, November 05, 2011

keluarga zyla

assalammualaikum...

masa terluang ni zyla nak bercerita tentang family pulak... sebab tahun ni tahun kelahiran ahli keluarga baru sebelah ayah. sebelah mak tak dengar berita lagi. sebelah ayah zyla memang sepupu-sepupu zyla ramai yang baru kahwin 2,3 tahun sejak kebelakangan in. dimulakan dengan anak sulung mak udak zyla, Abg Daud, kemudian menyusul pulak adik dia Kak Lenny, awal tahun ni pulak anak Pak long zyla (Ua) anak lelaki dia bg Lan dan diikuti anak sulung perempuan Kak Emy dan hujung tahun ni pulak anak Yak Janah zyla Kak  Zura pulak yang bakal menamatkan zaman bujangnya. alhamdulillah.. semua dah bahagia dengan pasangan masing-masing dan yang paling best sebab keluarga kteorang sebelah ayah dah makin membesar dengan kehadiran ahli-ahli baru.




ni anak kak Lenny zyla..

nama dia Q.
see simple kan nama dia,
huhu.. 
actually zyla yang tak tahu sure dengan nama penuh dia,
kang tulis tersilap kang
ada yang terasa 
 zyla tak pernah jumpa dia lagi.
hope nanti berpeluang nak jumpa kan?




ni pulak anak abg Daud zyla,
nama panggilan dia Amani.
comel je..

sekarang mak Udak zyla dah lengkap ada 2 orang cucu,


dah pertengahan tahun ini zyla dikejutkan dengan berita
bahawa mak cik zyla pulak yang beranak!
hah! boleh lagi rupanya,
tak pe Allah SWT bagi rezeki..
ini anak mak cik Rajemah zyla,
perempuan jugak,
nama dia Qaseh..
nama panggilan..
hujung tahun ni tak balik
so tak boleh nak tengok sepupu baru..



the latest baby ni zyla tahu nama penuh dia
sebab mak su dok heboh kat wall dan kebetulan zyla tgh online
lahir 3 haribulan 11 hari tu..

most welcome Siti Eryna Qistina..
ini anak sulung abg Lan zyla.


alhamdulilah... zyla sebenarnya download tanpa kebenaran dari mak-mak diorang ni gambar anak masing-masing.. sebagai simpanan.. kalau sunyi bleh tengok diorang. event zyla jauh dan tak heboh nak hallo2 dengan sepupu sendiri tapi yla still ambik tahu tentang mereka.. teruatamanya tentang baby diorang! sebab zyla suka dengan baby. (^_^).

entah siapa lagi yang akan mnyusul selepas ini ek.. siapa lagi dalam family zyla yang akan kahwin dan dapat anak??? zyla bila pulak??? kalau dah jodoh zyla kahwinlah.. haha. ayat tak boleh blah..














Thursday, November 03, 2011

orang kita



assalammualaikum..

tadi zyla jalan-jalan kat FB.. terjumpa kawan zyla , Dzai.. share link ni kat FB.. zyla pun terjahlah blog ni.. mak ai!! entri dia.. mcm mengutuk orang je.. hm. kutuk tu boleh. tapi biarlah secara rahsia.. ini blog, memanglah bila orang baca semua nak MELOTOP kat dia. adui!! MANTOP jugak entri dia. zyla yang mula2 baca pun, hati ini kata. " aphal dah dengan dia ni".. nak tahu apa.. dia kutuk sarawak. Lorrr.. small matter bagi zyla.. nobody are perfect. walaupun dia dah minta maaf, tapi kesannya masih mendalam. wow!!! tak pernah rasa terhina ni. hurm.


tapi kalau baca betol2, dia bukanlah kutk sebarangan.. mana ada tempat kalau pergi semuanya orang baik2...?? bagi tau zyla negeri mana korang pergi dalam MALAYSIA ni semuanya baik-baik?? habak satt..

tapi bukan dia cakap pasal sarawak je.. Kelantan sekali kene. luahan perasaan betol dia ni..

yang tak boleh blah dia cerita pasal dia kene langgar kereta tu... zyla terus geleng kepala.. maaf ye, tuan punya blog... apa yang awak cakap pasal tak boleh bertolak ansur dan bezakan negeri ni SALAH! nak tergelak zyla dibuatnya... 

sebenarnya, semua tempat sama, semua situasi sama tapi mungkin kita je yang lalui perkara yang berbeza... kiranya zyla dengan tuan blog Schaza ni tukar negeri lah.. dia duduk negeri zyla, zyla duduk negeri dia.. so farr oky je.. 

tapi zyla kesian dia kene hentam teruk dengan siapa yang komen kat dia.. apa kata kalau kita fikir macam ni. REMAJA yang tulis BlOG.. kalaupun mereka BIJAK belajar kat IPT (sindir zyla juga).. tak SEMUANYA mereka BOLEH FIKIR DENGAN BAIK.. bila PERASAAN dah menguasai HATI, TANGAN hanya menaip APA YANG HATI KATA. 

itulah cara zyla fikir. kalau nak luahkan tentang tak puas hati.. korang luahkanlah sepuas-puasnya sebab masa tu confrm tak fikir akibat kan?? macam zyla jugak ada kalanya nak meluah perasaan tu... huh! dah siap nak publish entri ni, biar orang baca kita marah! biar orang tahu kita ada masalah! biar orang tengok kita ni TAK BOLEH NAK KAWAL PERASAAN! cuba fikir balik.. elok ke semua tu?.. bukan nak ajar jadi hipokrit tapi seboleh-boleh kalau nak orang respect kita walaupun tak kenal sekadar baca blog, kenelah jaga apa yang kita nak tulis.. bukan bajet bagus.. tapi ada cara kalau betol kita nak luahkan perasaan kat blog.. sbbnya mesti tak ada yang fikir.. ataupun tak sempat fikir... NANTI ORANG LUAR JAJA BLOG KITA NI KATA FB... mulalah kita ni diumpat walaupun mereka tak kenal.. nak ke????

zyla menulis ni pun ingatkan diri sendiri.. ada batas kalau nak menulis.. kalau cakap pasal negeri.. cuba cakap depan2 dengan budak sarawak..." weh! aku tak suka negeri kau sbb tak maju"... kalau cakap macam tu kat zyla meh zyla jwab.. " kenapa? selangor dah habis maju ke? air dah bersih ke".. see... zyla pun boleh sindir! tapi akal ni ada... buat apa nak sindir?? selalu tau zyla hadapi masalah kat sini.. tapi zyla tak complain pun,tak merungut pon.. sbb bagi zyla setiap negeri, tempat dan orang ada kekurangan masing-masing.. jadi kita kenalah terima kan? kalau tak nak belajar negeri orang p pindah balik kat negeri sendiri. bukan selangor banyak IPT ke? 


bukan nak puji SARAWAK... tapi cuba awak sendiri lihat wahai tuan punya blog... sekarang awak duduk negeri yang lambat 5 tahun moden dari semenanjung Malaysia. bandar kuching, bandar BDC, KOTA  SAMARAHAN  tu tak cukup membangun lagi macam kat SELANGOR.. tapi awak bertuah sebenarnya sebab kat sana awak tak jumpa orang asing! mereka walaupun kaum Iban, Melanau, Cina, Bidayuh.. tapi mereka masih  masyarakat awak! tapi kat negeri awak?? berlambaknya warga yang pelik2.. saya tahu tempat awak lubuk rezeki bagi warga asing.. dan kalau tanya awk sendiri pun.. awa rasa selamat ke? tak kan???  saya bukan nak cakap SARAWAK tu selamat tapi bersyukurlah sebab awak masih boleh belajar dengan tenang kat sana. boleh belajar dalam keadaan yang aman.. kalau ada masalah air boleh komplain kat saya!