Monday, October 31, 2011

nakal~~

assalammualaikum,

tadi dah bertungkus lumus hafal dan faham formula. so nak rehat jap boleh? ngee~~.. tak delah. sebenar zyla ambik kesempatan nak online bila rumate zyla buat kerja nakal tadi..hehe.. sempat pulak kteorang nak buat hal kan? nak tahu apa??

semester ini zyla duduk tingkat tiga.. bilik zyla menghadap blok yang lain dan antara tengah-tengah tu ada cafe.. macam mana nak bagi korang dapat imagine ek.. senang je, antara dua blok tu dan lepas tu tengah-tengah ada cafe dan surau. jadi masa tengah-tengah final ne. aceh!! padahal hari ni  final baru nak mula.. sambung balik, memanglah ramai yang study sama-sama kan??? tak kisahlah laki perempuan dan kat mana. asal ada meja jadi je revision kan??

yang bestnya, rumate zyla, si Fyra.. boleh jerit kat bawah dengan  buat suara garau... 

" KAMOO NAMPAK STRESS"

hahahaha!!! memang benda yang memang zyla tak sangka! apa lagi yang dua orang ni pun ikut join.. zyla?? tak larat weh!! tapi lawak... pastu si Fyra, Qila dan Adik ni pakat nak jerit sama-sama kat orang bawah tu.. haha.. entah diorang mesti tercari-cari suara sapalah tu.. kalau zyla kat bawah tu mesti zyla dah seram dah.. mana tak nya blok kteorang ni mana ada orang. tingkat kteorang ni 2 bilik je yang ada lampu.. maksudnya kteorang ke yang ada.. tingkat bawah. 2,3 bilik je yang ada... haha.. so tekalah siapa yang buat hal tadi.. betol2 nakallah diorang ni.

zyla pun bukanlah budak yang baik .. memang nakal pun sebenarnya.. apapun lepas ni mesti rindukan mereka..

apakah motif gambar ini??

nilah budak nakal namanye..

salah siapa?

assalammualaikum...




AYU:  Ana, aku baca yang kau tulis tadi? asal sedih sangat weh? menangis aku dibuatnya. 

ANA: aku memang tengah sedih pun. ko janganlah ikut sedih jugak. tulah asal baca apa aku tulis?

AYU: dah kau tulis untuk orang baca aku bacalah.

ANA: Laa... aku tak heboh pun.. nanti tak payah baca..

AYU: memanglah kau tak heboh.. tapi entri kau heboh kat dashboard blogger lain.

ANA: maksudnya.#$%^&*????


konklusinya... apabila seseorang menulis dan kita membacanya, ibarat kita membaca kisah hati dia. jika menangis kerana apa yang ditulis olehnya seharusnya kita bersyukur kerana tidak diuji sepertinya. 

tulisan zyla dapat menyentuh hati??

assalammualaikum...










pagi-pagi lagi zyla dah tengok Sakura ini. zyla selalunya akan baca balik entri yang zyla tulis dan tengok kalau-kalaua ada komen kat situ. alhamdulillah sekarang ni setiap entri zyla tak pernah kosong dengan komen. 

sejak akhir-akhir ini zyla perasan setiap apa yang zyla tulis tu kadang-kadang menyentuh perasaan orang lain. adakala apa yang zyla tulis mengingtkan diri mereka tentang sesuatu dan masa silam, ada pulak yang baru terfikir tentang apa yang zyla katakan. 

zyla memang suka berkongsi dan tak kisah berkongsi. apa jua yang zyla tulis dalam blog, semuanya datang dari hati zyla. dari kehidupan sebenar zyla. zyla tahu kalau kita menulis tapi kita berbohong apa yang kita tulis tak kan lekat  di hati orang. 

Zyla tak promote blog ini suruh orang baca.. sebab malu. entah apa yang merapu tetiba ada orang suruh orang baca. biar mereka baca sendiri. seperti zyla jugak, banyak entri yang zyla baca stiap hari. banyak perkara yang zyla jumpa setiap hari . dan banyak benda yang blogger tulis membuatkan zyla belajar erti kehidupan ni. terima kasih blogger sekalian.

lagi-lagi dengan suasana blog yang zyla sengaja pilih tema romantik kali ini. zyla nak orang masuk kat sini dan raa tenang. carilaha apa yang korang nak. mana tahu ada kan?

zyla akui penulisan tak sebaik mana tapi sekarang ni tengah memperbaiki supaya menjadi lebih baik. Insya Allah. 

kalau siapa nak tahu kenapa zyla pilih lagu TANPAMU.. sbb selama ini itulah situasi zyla. zyla kat sini tanpa mak ayah, adik-adik dan orang yang zyla sayang. 



Sunday, October 30, 2011

ketentuan Ilahi.

assalammualaikum..

hari ini zyla baru tahu pak cik zyla, abg kepada mak zyla sedang sakit di hospital dan zyla harap mak zyla tahu. sebelum zyla mulakan lebih lanjut zyla nak bagitau sesuatu. zyla didik supaya tidak masuk campur urusan orang tua. mak selalu kata. kteorang yang masih mudah dan sepupu ni tak payah nak terpengaruh dengan hal orang-orang tua. takut nanti melarat dan kami putus persaudaraan. walaupun berjauhan macam ni zyla tak pernah lupa kat semua saudara, mak cik, pak cik, nenek , atok dan semua ahli keluarga zyla. dan hakikat yang sebenarnya, zyla rindukan mereka.

Beberapa minggu yang lalu, zyla mimpi Pak cik Mawi zyla peluk zyla. tapi zyla tak bagitau sesiapa, walaupun kat mak. zyla diamkan aje. zyla anggap mainan tidur. nak tahu sesuatu? zyla sangat rindukan pak cik zyla tu. antara banyak-banyak pak cik zyla dialah yang paling zyla sayang sebenarnya. sbb dia paling suka bercerita, memberi sokongan dan motivasi diri zyla.

tapi beberapa bulan yang lalu, zyla tak tahu apa yang jadi antara mak zyla dan mereka. apapun, zyla tak masuk campur. 

sejak sambung belajar kat sini pun zyla tak hubungi pak cik lagi. zyla tak tahu macam mana nak hubungi dia. tak tahu apa akan jadi kalau zyla hubungi dia. tapi setiap hari zyla tak pernah berhenti untuk berdoa supaya pak cik zyla sentiasa sihat dan sembuh.

Pak cik zyla menghidap cancer. masa mula-mula zyla tahu berita ni dulu.. zyla tahu apa penghujungnya. tapi kuasa Allah, pak cik zyla bertahan sampai sekarang. masa lepas SPM pon zyla selalu jumpa dia. berbual dan berbicara apa saja. dan kalau nak tahu, dialah yang ajar zyla drive kereta ford ayah masa zyla umur 13 tahun!. 

zyla berharap semua ahli keluarga akan bersabar dan berdoa untuk kesudahan yang terbaik. apapun yang bakal terjadi, semuanya adalah ketentuan Allah SWT. 

Cik Mawi,
kmk rindu ktk.




zyla tak simpan gambar pak cik zyla,
sebab semuanya ada kat rumah,
tapi kenangan zyla dan dia,
sentiasa ada dalam hati zyla.



Blogger Coretan Anak Penoreh :)

assalammualaikum..

sedang zyla dok usha dashboard tadi, zyla singgah kat blog Cik Yuyu Zulaikha kita ini. blog ni pun zyla jadi silent  reader je. Bila zyla tengok cik Yuyu ni, baru zyla perasaan dia ada share feed blogger lain jugak. zyla pun try tengok bogger ini sebab cik yuyu siap letak statement kat situ, semua entri blogger tu dia baca. jom kita teroka apa keistimewaan blogger ini.




nak tahu siapa pemiliknya... nama dia Khairil Adri. Confrmlah pemilik blog ini seorang lelaki. dah terang-terang nama dia Khairil. cuma yang buat zyla terkesima.. nama hujung dia Adri.. nama tu zyla pernah jumpa dalam novel Cinta Mekar Di Hati.

sikit je yang zyla nak cakap tentang blog ni.Dia ni mula berblog sejak June yang lepas. zyla baru baca satu entri je. its oky kalau dia nak berkongsi denga orang tapi zyla tak pulak tengok dia reply comment kat entri dia. mungkin ada sebab kot sbb setahu zyla, sesetengah lelaki ini jarang nak bagi respons kalau orang nak ambik berat. 

Dia asal dari Bayan Lepas. tak tahu berapa umur dia, tapi kat profile, dia student college. Entri dia pun tak banyak mana. semua yang dia tulis ringkas dan tak serabut. kalau nak tahu lebih lanjut korang terjah sendiri. bagi zyla, blog dia satu dalam seratus. kalau blogger lelaki  yang lain semua nak tunjuk hebat masing-masing, tapi dia tak sama langsung. 


suasana baru, lagu baru.

assalammualaikum....

selamat pagi Malaysia.. apa khabar korang hari ini. baru pukul 8.51 pagi, berapa orang dah bangu setakat ini?? kalau tany kat bilik zyla.. zyla sorang je yang baru bangun.. sbb tu bebas nak online.. dan pagi ini bangun je terus on lappy, sbb nak ubah templates, background blog ni.. yang biru tu nampak macam tak matured dan tak best~~.sbb masa tu zyla tak ada idea.. sekarang ini oky dah.

lagu~oh~lagu.. kenapa nak letak lagu pulak dalam blog?? sedangkan dulu tak nak.. sbb zyla sukeee lagu ni. dah tiap-tiap pagi dengar dan why not letak dalam blog kan? tapi masalahnya orang tak oleh nak off kalau korang tak suka dengar atau tak nak dengar lagu masa buat blogwalking.. sorry guys! nanti bila zyla dah jumpa gadget music box yang boleh korang off, zyla tukar k.

sekarang ni zyla sedang tenangkan diri. sbab tu nak tukar-tukar background blog.. jiwa kacaulah... tak tahu apa yang zyla fikir dan rasa. tapi bila tengok gambar dak encem hantar semalam.. zyla dilanda RINDU~~~~.. aish!!! mood gatai dah mai dah..

hope bacground dan segala macam yang ada kat blog zyla akan berkekalan. blogslist pun zyla dah tetapkan hanya ada satu je. nak ubah. rasanya mybe ada yang zyla buang nanti kot. tapi blog abg ben, abg ujang dan kak sunah zyla takkan buang... blog wajib baca tu.

lagi satu zyla nak buat satu lagi blogslist yang memang zyla kerap kunjungi.. senanglah.. nak baca blog diorang semua dah ada kat sidebar.. bila nak bua? bila zyla dah settlekan 3 paper nanti k.

tambahan:

thanks utk kak Mera sebab bagi zyla link gagdet lagu yang boleh stop.. sepatutnya zyla buat entri bila dah habis edit blog.. gelojoh punya pasal lah ni.. oky, sekarang ni blog dah ada bunga ros yang zyla import dari SINI. kalau ada yang nak letak jugak pon boleh.

shoutmix zyla pun zyla dah kemaskan letak kat tepi. taklah menyemak sangat. ada jugak beberapa gadget yang tak penting zyla dah buang. macam Facebook Badge tadi pun zyla dah delete, cuma tinggal utk page zyla je.

tadi pening jugak cari code utk lagu ni.. rupanya ada kat bawah, bila dah letak dalam blog tak tahu nak letak kat mana. kalau letak kat bawah sekali, jenuh pulak orang nak scroll kat bawah semata-mata nak off lagu tu kasi diam.. so zyla pun terfikir semua gadget kita boleh ubah besar kecik dia..
jadi zyla pun ubah supaya boleh letak kat sidebar. kepada pembaca kalau nak off lagu tu.. silakan..<<<<<<
..

puas hati dengan blog zyla nak mandi dah.. tak mandi lagi ni sebenarnya.. ngee~~.. nanti bolehlah update blog dengan senang hati seba dah oky dan sweet je dengan bunga-bunga yang jatuh dari hati zyla.. cewah..


kadang-kadang zyla rindu jugak dengan background blog yang lama. tapi apakah daya, hati tengah berubah, blog pun kene ubahlah kn..







Friday, October 28, 2011

kerana aku masih menghormati kamu wahai sahabat.

assalammualaikum...










sekarang ni zyla dah ada kat bilik sendiri. keseorang. dan zyla berasa amat tenang!. yelah, macam mana pun kita nak study kat bilik orang tak sesedap kita study kat bilik sendiri. 

zyla nak buat pengakuan boleh... " ZYLA NI SEBENARNYA SEORANG INSAN YANG MUDAH TERASA, CENGENG DAN MANJA MENGADA-NGADA!'. 

hakikat ini mak zyla dah lama tahu.. ngee~~ cuma sejak dah besar ini zyla lebih suka memendam rasa dan ambik mudah je. betollah apa orang selalu kata kat zyla.. 

" sampai bila kau nak sabar"

tapi zyla nak je jawab...

"macam mana aku nak jawab soalan kau kalau kau sendiri yang buat aku terasa"

nak luah kat mana? kat blog ni jelah.. nak baca, kau bacalah.. tak nak.. aku tak suruh pon.. aku tak pernah pon nak suh kau baca apa yang aku tulis selama ini dan aku memang tak pernah paksa orang baca apa yang aku tulis melainkan apa yang aku tulis tu adalah untuk kesedaran dan ingatan bersama. 

rasanya cuti semester nanti pon zyla akan diuji lagi agaknya.. mak aaiii!!!!!! last sem dah kene, sem ni kene jugak ke?? kalau mcm ni... nanti kalau nak ambik degree sambung kat Sarawak jelah... BOLEH??? 


zyla nak MENANGIS!!!! tapi tak leh.. sebab hati ni masih kuat!! ahh!! hati ini asal tahan sangat?????

tulah masalah zyla sekarang suka nak pendam sendiri. sebabnya zyla malas nak buat banyak sangat masalah. kalau selalu touching ni... hmm.. nanti jawabnya tak ada orang nak kawan.. so jangan manja sangat!

tapi kan semacam tak adil bila zyla je yang nak kene faham orang... orang tak faham zyla pon!... tapi tak apa sebab kalau merajuk macam mana pon zyla boleh pujuk sendiri... 

zyla tak tahulah kenapa zyla boleh jadi macam ni. yang pastinya zyla memang KUAT! hah.. dan zyla tahu tak ada yang boleh jadi macam zyla.. perit pon zyla sanggup telan...


bersaing sihat.

assalammualaikum...

hari ni hari jumaat rupanya.. ingatkan hari ini hari Khamis.. tapi rupanya Jumaat sudah... selasa dan rabu minggu depan dah start final... ayoyo... im not really do my revision well.. hm.. so kene susun strategi yang baik ni.. lappy kene kuranglah nampaknya.. sbb zyla ni tak leh nak tengok lappy.. semacamada je idea nak update blog.. masa revision week dan saat genting macam ni pulak banyak idea nak publish entri. 

berbalik kepada tajuk entri zyla hari ini. actually zyla tengah terasa ni. memang dah jadi tabiat zyla sejak form 4 lagi.. pagi2 awal memang kene buka buku dan malam tidur awal. zyla nak pastikan zyla dapat rehat yang cukup. bukan malas tapi kesihatan zyla ni bukanlah ditahap yang normal sangat. so kenelah seimbangakan study dan belajar. tapi tak kanlah benda ni nak heboh dengan kawan kan? so diam jelah. biarlah depa nak kutuk apa.. janji tak sakit atau pengsan. kang pengsan kalau paksa belajar, susahkan sapa? diorang jugak kan? 


zyla hairanlah nape nak gelabah bila tengok zyla dah belek buku??? aik.. relaks laa... tahu kan zyla ni bukannya serius sangat bila revision.. hurm.. apalah orang mcm ni.. bertenang. zyla tak bersaing pun sejak kai pertama jejak kaki kat sini. zyla tak cemburu pun kalau ada kawan-kawan yang dekan. mungkin ni masa korang mana tau bila2 masa zyla kan?

untuk pengetahuan zyla dah buat perancangan untuk masa depan zyla. dan kat kolej zyla hanya melengkapkan diri je.. kat luar nanti baru zyla asah lagi kemahiran zyla dalam bidang akaun ni. 

terus terang zyla katakan.. bila kita banyak membaca buku motivasi baru kita tahu apa yang perlu dan apa yang tak perlu. bagaimana nak kawal perasaan dan situasi kita. sebab tu walau apa jua keadaan zyla sentiasa cool je.. but im not that fool!

terpulanglah kalau nak gelabah kali ini. sebab zyla tak leh mengalah lagi... kali ni biar kita bertarung.. apa mcm?? dan kalau nak tahu sebenarnya zyla bimbang dengan penyakit lupa zyla ni.. hurm. macam mana nak buat??? sbb tu zyla kene struggle lebih kali ini. 

apapun yang zyla buat nak buktikan dengan adik-adik kak long tak pernah menyerah dan sentiasa bakar semangat korang untuk belajar wahai buah hatiku! zyla tahu makin gigih zyla menuju ke puncak adik-adik zyla pun akan ikut sama dan masing-masing tak akan menyerah.. nak jugak genggam kejayaan masing-masing. itulah matlamat zyla yang sebenar. bukan nak tu tunjuk lagak..



tak perlu kot kalau nak study macam ni..

dan buat sahabat seperjuangan,

usah takut dengan aku,
sebab aku tak pernah takut dengan korang.

tapi kenapa nak takut dengan aku?
sedangkan aku tak tahu kenapa kau takut dengan aku?

ataupun korang sebenarnya tahu,
senjata sebenar aku??

apapun,
aku tak bersaing dengan korang,
semua yang aku usahakan,
untuk aku tunjuk kepada adik-adik ,
supaya mereka tak pernah berhenti berusaha!




Thursday, October 27, 2011

baik-baik boleh kan?

assalammualaikum...

yeah! sekali lagi zyla menaip entri.. rasanya dalam minggu ni hari nilah zyla publish 3 entri. harap ini yang terakhir.gile beb! jap lagi nak belek-belek buku, nak cari apa bendo nak ditanya dengan lecturer esok. 

zyla nak tanya pendapat korang, kalau korang dengan kawan baik korang, kiranya yang paling rapat dengan korang, biasanya korang akan panggil dia dengan nama yang macam mana?? "kau", "wei", dan macam-macam lagilah. tapi yang zyla pasti memang gempaklah kan. nama pun dh dengan kawan baik kan. tak kan nak ambik hati.

tadi masa zyla pergi isi air, zyla dengar sorang minah ni tengah hallo2 dengan kawan dia, lelaki tak silap, bukan zyla yang pasang telinga dah dia memang dekat sangat dengan zyla, rezeki zyla lah nak dengar perbualan diorang. yang tak boleh blah dan buat zyla rasa nak terkentut ialah.. dia boleh cakap macam ni..

" ni akulah.. kau ni dah bahagia sekarang terus lupa aku, Babilah kau, bodohlah kau"

amboi! masa tu aish! zyla ingat satu je, hal kau kau punya pasal, hal aku aku punya hallah!.. kalau lah budak 
tu kawan zyla atau junior yang zyla kenal memang zyla dah azan Subuh dan kat telinga dia. bukan nak tunjuk baiklah, bukan nak cakap... " wei! aku baik siak!!! jadikan aku contoh" bukan macam tu.. tapi sebab zyla faham dan amalkan etika kita dalam bersahabat ini. weh! manusia tu, hormatlah, yang pergi panggil BABI tu buat apa?????? mak bapak hang dah terlebih ajar ke hang yang tak makan ajar?? aish!!! kuang ajo!

bagi zyla orang yang macam ni memang tak ada tamadun. wahai manusia! dahlah kita ni ilmu pun masih rendah lagi janganlah makin rendahkan maruah diri kita dengan sifat-sifat yang tak sepatutnya. At least ada juga yang hormat kat kita. dan kene ingat sebelum nak orang hormat kat kita, kita yang hormat dengan orang dulu.. tak kanlah bende simple ni pon nak kene tegur ? nak kene ajar? jangan berlagak sangatlah, jangan berani sangat panggil orang dengan nama macam tu? nanti tak ada orang nak kawan tau! nak dekat pon diorang takot!


apalah nak jadi sekarang ni??? hope adik-adik zyla tak macam ni dengan kawan-kawan.. kalau tak nak kene jugak tuh!


Upin dan Ipin ini pon tau macam mana nak respect orang takkanlah awak yang dah masuk IPT ni pon tak leh fikir dengan lebih baik? dah tahu kita ni memang tak baik, memang tak pandai.. jagalah etika diri elok-elok ada juga orang nak respect dan pandang tinggi kat kita tau! tak payan nak moden sangat.. cukup teknologi je moden..






sakura..

                                                         assalammualaikum.

menulis lagi zyla petang ni.. baru lepas delete Ubs file program dalam lappy ni. mak aii! terkejut zyla dibuatnya.. contain dalam satu file tu ada lebih 2000++ benda .. huh.. patutlah lappy ni lambat semacam. padahal tak banyak sangat pun benda dalam ni. semalam dah delete gambar-gambar yang tak berfaedah.. so hope lepas ni lappy ni akan oky, nanti tahun depan dah cukup duit zyla hantar pergi ACER Center k cayang.. aloalo.. kenelah sayang kat lappy, duit ayah ni.. hehe.. yang sodehnya speaker lappy zyla pun turut sama rosak.aish.. baru je lagi lappy ni.. Bulan Mac zyla dapat tapi sekarang dah rosak speaker. tadi ada virus detection, nak kene format apa.. hurm. nantilah hantar Acer Centre tu. memanglah ada warranty tapi tak kanlah nak pos balik srawak??? poning2.. Sony zyla pun mcm sakit je.. aish! kalau dua2 nak minta tukar ni, tambah tolak duit Mara dan gaji nanti, bahagi darab dengan yuran pendaftaran, beli itu ini, topup,baju + tudung, barang keperluan lain.. gluuppp!!!! memang CIMB atau BSN zyla tu kosong lagilah! duit oh duit~~~..($_$)

dahlah next sem ada bahasa Arab.. tak pasal-pasal nanti nak kene buat video.. kalau nak buat video nak guna apa?? guna Handphone?? kene campak jelah video tu nanti. sebab tulah zyla plan nak beli jugak satu camera. sebenarnya memang hajat dari dulu. tapi tak habak kat ayah lagi.. hehe.. nak beli kat Low Yatt tu, memanglah barang kat situ murah, tapi berbaloi ke beli kalau tak lama pakai terus rosak? Murah tu memang tak berbaloi. baget nak rm300++ okylah ni.. 

zyla adalah usha satu freelancer ni.. sebagai jurutaip. tapi nak kene ada broadband.. hurm. masalahnya sekarang.. kat rumah adelah. kalau kat kolej zyla harapkan wifi yang macam tak berapa ikhlas nak ada je ni. kalau mintak mak kirim, agak-agak mak nak tak??? hehe.. memanglah dia nak.. tulah ayah cakap.. elaun Mara memang tak cukup ye along?? huh.

zyla pon berharap sangat kerajaan tak janji kosong dan HEP kolej zyla reti nak buat kerja.opss!! i terkutuk bende kenyataan ini.. pasal bouncer buku sebanyak RM200 tu.. ringan sikit beban nanti. boleh jugak zyla ajak kawan zyla Fazila tu.. alahai nama sama je.. orang panggil pun Zila jugak.. nak ajak dia ronda2 kota KL yang sibuk tu.. ngeee~~~.. tak pernah jumpa pon sebenarnya. tapi serdang dan Bangi taklah jauh mana pon.
fikir duit je zyla ni kan?? of courselah.. nama pon student Account( tak bangga bagitau je) kenelah fikir dan kira duit sendiri dulu sebelum kita fikir dan kira duit orang lain. tahun depan dah 20 tahun tak kan nak tadah tangan nak mintak kat ayah lagi kan?? lagi satu, zyla nak nanti adik-adik zyla ikut cara zyla. tamoo nak susahkan mak ayah bila dah ada keupayaan untuk mencari duit sendiri. haa.. ni namanya mendidik adik dalam diam. biar adik-adik tengok kak long bersusah payah dan usaha macam mana, kalau menjadi, diorang pun akan confident utk ikut sama... " kak long boleh adik lagi boleh".


tahun depan pulak adik zyla Fahim tu nak masuk IPT .. aish! abg hensem zyla ni nak ambik bidang astronomi... bangga nie!!(@_@).. memanglah ada pusat astronomi area bangi ni. hope dia dapat kat situ.. blh jugak jumpa.. sebab nanti lepas SPM dia pergi PLKN.. n tahun depan jugak adik zyla syafiq nak SPM.. nadia n Fiqri masih boleh rilex2 lagi kat rumah..





ni gambar adik-adik zyla,
tak mengikut urutan hehe..
biasalah masih comot2 lagi,
nanti semua dah besar
pergh! 
baru benar2 menyerlah. 




dan perkara terakhir zyla nak fikir adalah blog... setakat ni.. komen lebih banyak dari entri.. (^_^). suke!
tapi korang tengoklah pulak environment blog zyla ni. background , templates, hurm.. hampeh kan? nak buat macam mana ek?? at least biarlah menarik sikit.. ni zyla pon tak tau lah nak komen macam mana. segan pun ada sebenarnya bila orang masuk dalam blog zyla ni. macam tak ada apa-apa. zyla dah insaf nak letak lagu dalam blog.. macam menyemak je.. nak letak gadget lain kang berat pulak blog ni.. loading lama sangat, bukan takut orang yang tak sabar nak tunggu tapi zyla sendiri. pasal follower.. alhamdulillah hari ini denap 260... siapa dia..





nak tau sape Azie ni??
buah hati si Adam Azman

rasanyaa dulu zyla pernah jumpa blog ni masa buat blogwalking tapi nape tak follow masa tu?? zyla dah lupa dah.

apapun kalau baca entri dia best gak.. haha.. nerd rupanya.. opss!! biasalah seorang doktor..
yang zyla ni bakal kira duit macam ner lak??
relaks sudaa.

berbalik kepada topik.. zyla tahu follower akan menaik kalau kita selalu ikut segmen.. hah! terutamanya kalau segmen tukar-tukar link tu. tapi kalau korang nak tau hakikat yang sebenarnya... lepas join segmen tu mesti zyla dah tak ambik port dah.. tau2 ada yang tinggalakan link.. zyla terus follow je..belum lagi zyla nak cari blogger dari segmen yang sama. sebab sebenarnya zyla LUPA!!!! silakan kalau rasa nak cekik zyla.

apapun, zyla berharap nanti penulisan zyla semakin matang. wah! berangan lebih. sebab zyla nak zyla menulis orang baca dan mereka boleh fikir apa yang zyla tulis.. tapi pesan ayah akan tetap tersemant di jiwa.. fokus study dan kalau tak ada idea.. mak ada.. so hallo2 je dia.. sepatutnya kan.. mak zylalah yang patut ada blog sbb dia lebih banyak idea dari zyla. heee.. 



apa dah jadi????

assalammualaikum..

zyla baru je belek-belek FB tadi... memanglah FB sekarang ni banyak share benda-benda dari yang bermanfaat sampailah yang tak  bermanfaat langsung! zyla malas nak update status kat FB lebih baik kat sini. at least kalau yang baca lebih berfikiran luas. kalau kat FB setakat like dan gelak kosong je. buat hampeh je!

mood zyla sekarang memang tengah tahap MARAH! TAK SUKA! 

nak tau apa benda yang buat zyla tiba-tiba hangin???? sebabnya video YOUTUBE (INI). Korang click la kat link tu.. 

kita semua tahu kan lagu Cinta Muka Buku , Najwa Latif tu memang tengah hot sekarang. tapi zyla langsung tak faham kenapa ada nak olah lagu, video dan imej sebenar lagu tu menjadi sesuatu yang lawak bagi orang lain tapi bagi zyla perkara macam ni menjatuhkan lagu dan jugak Najwa Latif. bukanlah nak backing Najwa, tapi kesian kan dengan dia. 

Inilah rakyat Malaysia yang sebenarnya.. sibuk marah sebab masyarakat lain tak sokong hasil seni tempatan, tapi apa diorang sendiri dah buat dengan kualiti seni tanah air?? sebab kan ni. jadi alasan kenapa nak sokong  
artis luar negara pulak! ah! bagus sangatlah tu.. korang sedap kutuk kualiti tempatan dan sanjung kualiti luar. dah korang sendiri yang tak sokong, mana korang nampak Malaysia punya kualiti?? lu fikir aa sendiri bai.. mana betul mana salah.

sepatutnya masyarakat Malaysia ini bersyukur dengan apa yang ada. at least negara kita ni walaupun banyak kekurangan tapi still stabil dan selamat. kualiti seni kat negara kita ni memanglah tak baik sangat tapi kalau kita sendiri terus sokong dan lihat dari segi positive kan itu lebih baik???


satu lagi, macam stesen radio... nanti dok sibuk laungkan slogan " SOKONG ARTIS TEMPATAN" .. tapi lagu yang paling banyak diputarkan kat radio... K-POP dan  jugak lahu INDON... 


memang zyla bukanlah orang yang ada ilmu dalam bidang seni ni.. memang zyla masih mentah lagi. tapi zyla dah boleh fikir, apa, kenapa, bagaimana dan apakah yang perlu dan tak perlu. 

zyla mintak sangat.. generasi sekarang jangan nak buat lawak banyak sangat.. buat video yang tak berfaedah.. weh! korang dah tak ada kerja ke??? dah sesak sangat ke masa bosan korang tu??  tak semua kita boleh buat jadi lawak..

paling zyla hot dalam video tu sebab lelaki tu pakai tudung.. aish! tengah hari tadi masa nak odw zyla pergi beli makanan zyla terserempak dengan minah yang mimpi nak jadi mamat rempit.. aduh! Dunia, sudah di penghujung sangat ke?? 

cubalah ikut alur yang betul, jalan yang lurus dan kalau nak buat sesuatu tu fikir dulu.. ingat buat video lawak ini banyak orang hargai sangat ke?? Banyak yang kata...@#$%&**( lah video ini adalah. 

apa nak jadi pada masa depan zyla tak tahu.. akan tercapaikan Wawasan 2020 dan mampukah slogan 1 Malaysia tu berjaya menyatupadukan masyarakat???  

bukan yang sempurna diharapkan tetap seboleh-bolehnya kita jadikan ianya sempurna.! 

rupanya pelangi.




pic ini zyla dah share kat FB..

ada jugak zyla share dengan kawan-kawan,

zyla suka sangat dengan kenyataan ini,

konklusinya bagi zyla,

apapun yang berlaku dalam kehidupan kita,

semuanya adalah dugaan daripada Allah SWT,

apa yang hilang dari hidup kita 

akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik.


Tuesday, October 25, 2011

cerita hujan.

assalammualaikum....



zyla sewaktu berusia 5 tahun...


zyla: kenapa hujan turun? Allah menangis ke? siapa yang buat Allah menangis? Kilat? Alah marah ke?


apabila sudah ke sekolah, mengenal apa itu kejadian alam semester..

zyla: rupanya hujan bukan sebab Allah menangis, tapi hujan adalah rahmat. suburkan tanaman, basahkan
        bumi yang kering.. kilat, bukan sebab Allah marah.. tapi itu sumber tenaga.





suasana hujan di hostle KPTM Bangi. 





Monday, October 24, 2011

minggu study week a.k.a minggu rehat ke?

assalammualaikum..


sekarang ni zyla rasa lega sangat sebab aktiviti kuliah, kuiz dan test bagi semester 3 dah habis. sekarang zyla dah mula cuti study week... start 31 oktober ni kteorang dah final exam pulak. alhamdulillah semester ni taklah seteruk semester yang lepas~~~ sebab semester lepas banyak sangat masalah yang berat...

disebabkan zyla ni budak Sarawak, walaupun cuti macam ni kene jugak stay kat hostle.. tak kisahlah, janji selamat.. namanya pun belajar tempat orang kan?

selama seminggu ni, apakah yang. perlu zyla buat??? honestly nak buat blogwalking zyla agak malas sebab.... zyla penat dh menghadap lappy ni. sebab tu zyla jarang-jarang nak update blog.. huhu..

macam mana boleh terhasil entri ni sebab zyla bosan. mula-mula nak cari movie.. tapi hampeh.. semua movie yang membosankan.. korang ada cadangan tak???

zyla tergelak pulak bila senior zyla sound.. belum habis baca satu muka surat buku macro dah buat karangan... haha... mmg tengah mood nak study ni.. tapi nak cari movie utk tengah malam nanti..


untuk ingatan dan kesedaran zyla sendiri.. cuti study week ni jangan buat macam dah cuti semester pulak!!!!



meh zyla kongsi dengan korang gambar budak kelas zyla..

cuba teka siapa yang ambik gambar ni??

budak kelas jugak??

tak2..

budak kat luar kelas???

pun bukan... 

yang tangkap gambar ni ialah...


sir PMA zyla..

sir Naim..

dia pun mcm kteorang jugak,
gila2.. tu yang semangat study dengan dia..



p/s lega dengar suara ayah... ayah thnks call along.. rindu nak balik rumah. 


Thursday, October 20, 2011

tangisan itu

assalammualaikum...







Sekarang ni zyla guna lappy library kat kolej untuk update blog ni. maaflah ye, bukan anak orang kaya yang ada ipad ataupon android ni.. so ada kemudahan ni pun dah cukup bagus... yeaks.. ayat skema lagi. Minggu ni kiranya minggu terakhir sesi kuliah semester 3 zyla.. opsss.. lupa nak ucapkan terima kasih buat mamat hencem kat sebelah zyla ni tadi sebab sudi on-kan komputer ni.. >>>>>>>.. (hensem?, bolehlah.. haha)

bukan perihal tentang kuliah ataupun peperikasaan yang zyla nak cerita hari ni.. tapi sesuatu yang telah memberikan zyla keinsafan dan kesedaran malam semalam.

kalau korang dengar orang bercakap kat telephone dan masa tu dia tengah merayu-rayu sebab nak settle kan masalah.. apa korang rasa? maaflah akak senior.. zyla ambik situasi akak. 

zyla akui, sekarang ni dalam hati zyla ada perasaan merajuk dan ingin memberontak dengan family zyla. maaflah, zyla bukan ank yang sempurna. mungkin situasi yang zyla hadapi sekarang ni buatkan zyla rasa mcm tu tapi zyla tak adelah nak cakap kat mak ayah zyla. zyla masih boleh simpan dan sabar lagi sebab zyla tahu satu hari nanti perasaan tu akan hilang jugak. so pujuk hati ni.. bersabarlah duhai hati kecilku. dan zyla selalu ingat macam mana susah mak ayah nak besarkan zyla, makin zyla membesar makin zyla banyak berikan mak ayah zyla beban dalam membesarkan zyla dan memenuhi setiap keperluan dan kehendak zyla. kalau tak kerana usaha dan doa dari mak ayah zyla, tak ada maknanya zyla nak berada kat semenanjung tanah air ni. lagi satu, zyla tak nak jadi anak yang derhaka.. zyla tak nak kecilkan hati mak ayah zyla. zyla nak keadaan dan situasi zyla dan seberat manapun masalah mereka, zyla tak nak menguriskan hati dan membuatkan mereka rasa gagal dalam menyempurnakan hidup zyla..

Dulu masa berumur 17 tahun, lepas SPM.. adalah jugak beberapa kali zyla berang dengan ayah dan mak dalam telephone.Masa tu zyla memang masih muda sangat. sekarang ni pun lebih kurang je, tapi setelah melihat sendiri dengan mata ni disebalik ketiadaan kami adik-beradik kat rumah dan pernah dengar perbualan antara mak dan ayah, zyla dah janji dengan diri sendiri. lepas ni, kalau ada apa-apa jangan lepas kat mak dan ayah. diorang pun nak sediakan yang sempurnak untuk zyla tapi apakah daya, bukan hanya zyla tanggungjawab mereka sekarang ni. zyla faham mak, ayah.


cuba korang fikir, buat apa lepas solat kita berdoa kat Allah SWT ampunkan dosa mak ayah kita kalau kita sendiri dah jadi anak derhaka???? doa anak derhaka mana lah Allah SWT nak tunaikan ?? macam tulah zyla berfikir. macam adik-adik zyla pun sekarang dah pandai fikir kecuali syafiq yang sekarang ni masih tak dapat nak kawal perasaan marah dia.

actually, zyla kesian tengok ayah. kteorang 5 orang adik beradik ni dah banyak susahkan dia. siang malam bekerja untuk sara kteorang.. mak pun sama.. saban waktu berasa susah hati dan takut kalau kteorang ada kekurangan..

tapi sejak 2 tahun ni, zyla dan adik-adik dah berikan mak ayah kteorang kejayaan yang zyla tahu ayah amat berbangga dengan itu semua. Zyla tahu mak zyla senang hati bila dengar salah sorang cikgu pernah tanya dia..
" saya nak jumpalah mak fathin dan fahim.. syabas buat adik-beradik tu".. Adik zyla, syafiq, fiqri dan nadia pun ada kurangnya.. dah minggu lepas pun ayah sibuk attend majlis penyampaian hadiah syafiq dan fahim. alhamdulillah kedua-duanya dapat title pelajar terbaik.

bila zyla dengar tangisan semalam. hati zyla terdetik, Zyla masih lagi bertuah kerana memilik mak dan ayah yang masih kuat. seharusnya zyla bersyukur. maafkan along, mak dan ayah.


Hujan semalam,
menghantar kepadaku,
satu keinsafan,

jiwa yang memberontak,
bagaikan terduduk mendengar tangisan itu,


Duhai hati,
tunduklah kepada ibu bapamu,
taatlah kamu sehingga akhirat,

Jangan sekali kau ingkar,
ingatlah sekali lagi,
siapa yang mengandungkan kamu,
siapa yang mengazankan telingamu sebaik sahaja kau menjenguk dunia ini.

jika kau taat , maka syurga menantimu,
jika kau derhaka, maka neraka membukakan pintu seluas-luasnya untukmu.




p/s:// ni sekadar luahan hati zyla.. harap tak ada yang terasa atau tersentuh hati. setiap apa yang zyla tulis adalah berkaitan dengan hati zyla dan sekadar berkongsi sisi kehidupan zyla bersama korang. bagi yang menyampah dengan entri-entri yang sodeh, zyla tak harap pon korang untuk singgah dan baca. tapi beringatlah, kesedihan itulah pengajaran buat kita menjalani kehidupan ini. 

Wednesday, October 19, 2011

sensitifnya kamoooo!!!!

assalammualaikum...

masa zyla buat entri ni zyla masih lagi "jadi model" sambilan untuk Jabatan Finance kolej zyla... haha.. apakah? .. actually sekarang ni zyla tengah menanti hujan reda supaya zyla dan kak Fara boleh balik jalan ke hostle.

bukan tentang hujan yang zyla nak talking about! dah meroyan pulak nak speaking ni. tapi nak habak pasal test UBS zyla and the geng tadi. Esok pun ada lagi test utk UBS ni tapi teori pulak.

the result is... GILERRRRR arrr!!!! dia tak susah tapi sulit.. complicated lah senang.. payahlah nak buat benda ni... haha.. tulah manusia kan? benda susah sikit dah merungut.. memang zyla lah orangnya.

oky2... zyla kene explain dulu apa itu UBS ACCOUNTING ni... subjek ni sejenis software yang digunakan untuk buat account. kalau dulu buat account guna manual kan? sekarang ni zaman sudah maju semuanya pun dah makin mudah dan manusia pun dah makin malas dan  cepat  merungut...oleh itu terciptanya UBS ni untuk memudahkan para akauntan merekod segala transaction yang berkaitan
.. Korang paham ke tak apa zyla dok melalut ni????



ingat FB, Blog, Email je yang nak kene log ni,
Ubs ni pun kene jugak
sistem ni bagus sebab safety dia.

so siapa yang tak tahu password,
memang tak boleh nak tengok rekod akaun dalam ni.
selamat kerja zyla nanti.


memang mudah kalau benda yang moden-moden ni,
tapi tak semua benda tu mudah,
sebabnya,
setiap perkara tu mesti ada kelemahannya,
UBS ni sensitif,
tak boleh nak guna huruf kecil,
tak tahu kenapa.



ingat satu je transaction nye,
sebanyak mana,
item, dokumen dan segalanyelah,
korang kene isi dalam setiap bahagian yang dah disediakan.



dan 
seperti biasa,
conclusion utk akaun semestinya,
Balance Sheet, Profit and Loss, Trial Balance.
tak payah pening-pening,
kalau betol cara korang masukkan item dalam transaction, 
Insya Allah,
semuanya akan jadi seimbang.

okylah, sampai sni je zyla nak mlalut.. penat nih. 





wordless wednesday-19/10/2011



assalammualaikum...


what the wonderful wordless wednesday,

honestly,

nothing in my mind,

don know

what should i say,

just hope,

every single thing ,

will be fine today,






Tuesday, October 18, 2011

anak buah angkat.

assalammualaikum...

nur batrisya qaireen   

Nur Batrisya Qaireen

Sejak dulu dan sehingga sekarang ni, zyla ada 2 orang abg angkat dan sorang kakak angkat. Alhamdulillah, kteorang masih lagi berhubung walaupun jarang dan zyla tak pernah lupakan mereka walaupun kteorang berjauhan dan pernah lost contact.. mungkin ada sesetengah tu yang lost contact terus kan? tapi zyla tak.. sebabnya hati ni sentiasa teringatkan mereka dan mendoakan untuk kesejahteraan mereka walau dimana pun mereka berada.. sebab kan mereka... Zaidi HaraNurul Amira & Faridi Mohamed Basri zyla dapat rasa apa itu erti kasih sayang dari kakak dan abg.  ayat skema~~~


tapi sekarang ni, zyla dan mereka masing -masing sibuk dengan urusan hidup. ada yang bekerja dan belajar. tapi yang terbaru, rupanya abg zyla Zaidi tu dah ada baby.. (gambar kat atas tu). Alhamdulillah, baby ni lahir 5 Oktober yang lalu..

Zyla tumpang gembira untuk abg zaidi zyla dan wife. Insya Allah kalau ada kesempatan zyla akan ke Sibu untuk jumpa diorang. Last sem pun kebetulan jugak bila ke Pasir Gudang dapat jumpa dengan abg Faridi zyla.. dan sekarang ni berharap nanti dapat jumpa Kak Mira zyla pulak . tapi sayangnya nanti zyla cuti sem diaorang masuk kuliah.. 

apapun, zyla takkan pernah lupakan mereka meskipun sekian lama tak bersua. Memanglah bukan adik beradik kandung.. hormat zyla masih ada untuk mereka..

okeh.. masa tak mengizinkan zyla sebenarnya.. esok ada test.. 


utk abg zaidi zyla... tahniah sebab dah jadi seorang ayah..semoga nanti ada yang kedua, ketiga dan keempat bakal menyusul oky??

utk abg faridi zyla pulak, cik abg.. bila nak tamatkan masa bujang ni? nanti jangan dh nak kahwin bagitau adik pulak... bagitau awal2 tau.. haha..

utk kak mira zyla.. hope akan berjaya nanti.. miss u a lot.. hope kita boleh jumpa.. melaka dan bangi ni actually taklah jauh sangat. 



untuk baby Batrisya...,

assalammualaikum sayangku..
walaupun auntie belum berkesempatan untuk mendukung atau mengucup ubun2 mu,
auntie doakan semoga Batrisya ,
akan membesar jadi anak yang solehah
untuk ayah dan umi k?

sentiasa ingat akan pengorbanan ayah dan umi dari kamu dalam kandungan,
sejak dilahirkan 
dan apabila sudah besar nanti

Insya Allah
ada jodoh kita akan bersua juga. 

salam kasih dari ibu saudara mu, Fathin Fazila

Sunday, October 16, 2011

mula berdikari.

assalammualaikum....

nak cakap sesuatu tentang diri zyla pagi ini. Hari ni zyla dah dapat green light dari mak ayah untuk terus stay kat sini walaupun cuti semester nanti. Cuti semester nanti zyla akan kerja dengan kak Fara kat Alamanda, Insya Allah. bekerja ni bukan pengalaman pertama zyla, kalau jadi bekerja kali ni dah masuk 3 kali zyla cari duit sendiri. (^_^).

bila fikir balik, umur zyla sekarang ni dah cecah 19 tahun, walaupun tak genap lagi. tapi sampai bila nak duduk bawah ketiak mak ayah kan? sampai bila nak tadah tangan nak  duit dengan mak ayah? ingat mak ayah tak ada tanggungan lain ke?

banyak jugaklah yang zyla dah fikir sekarang ni. dan matlamat yang zyla nak capai ialah nak buat simpanan sendiri untuk masa depan. manalah tahu jodoh sampai awal, top2 nak kahwin. Ingat nak suruh bakal suami tanggung semua? Gila lah weh! boleh lingkup dia. lagi pun kalau ada duit sendiri senanglah kan.. boleh nak buat apa je dan nak ke mana je. tak susahkan orang lain. itu yang zyla nak. zyla tak nak orang terlalu fikir apa saja yang zyla buat. cukup mereka tahu zyla baik-baik sahaja. 

badan zyla je agak kecik tapi hati zyla bukan hati yang takut dan cuak. Oky! kene set macam tu dalam mind ni. sebabnya nanti kalau ada apa-apa je masalah zyla dapat nak atasi dengan mudah. dah tak nak fikir pasal sesiapa lagi. 

tahun depan nak masuk sem 4 dan sem 5.. memang kene keluar banyaklah ni. sebb zyla nak repair lappy dan beli apa yang perlu. nak ikut formula miss Rin , simpan duit. 

banyak yang zyla dah plan.. and thnks untuk kak fara sebab bagi zyla peluang ni. tahun depan insya Allah adik zyla Fahim tu akan jejak kaki ke IPT. besar belanja tu, walaupun dia dah ada lappy sendiri tapi barang keperluan dan duit poket dia? macam nilah kalau jadi kakak.. mesti fikir untuk semua. 


mulai sekarang zyla tak nak jadi anak manja! zyla nak belajar untuk berdikari. zylla tak nak susahkan sesiapa. 
terpulanglah orang nak anggap apa bila zyla tak balik ke, tak jumpa kawan ke, tak bermesra kat FB ke.. sbbnya zyla pun dan mula nak serabut sekarang ni. berjangkit dengan si dia.

cuma satu je yang ayah cakap kat zyla pagi ni.. " new year nanti along smbut sorang2lah?"

korang dapat teka tak apa zyla rasa... dan 19 Disember nanti hari jadi zyla. tarikh yang zyla tunggu-tunggu. dan zyla hope mak zyla tak sedih sebab tahun ni zyla tak ada bersama. cewah! dan macam beraya lah pulak!

okylah.. smpai sini je.. zyla nak sambung buat kerja.. tata! selamat berhari malas!









Saturday, October 15, 2011

tenanglah wahai hati.

assalammualaikum..

kejap lagi zyla nak pergi jawab test ni..

tapi hati tak tenang..

memang tanda tak baik

badan pun penat

dan minggu ni penuh dengan masalah

dan perkara-perkara yang tak menyeronokkan..

minggu ni pun ada terima berita kematian

adik kepada junior

hati pulak memang langsung tak senang

nak buat apa pun tak fokus..

sibuk je nak kata E. ADAM OX

tengah jiwa kacau

padahal 

zyla pun sama jugak..

tengok FB 

amat membosankan

dan keinginan di hati nak cari ketenangan..




Wednesday, October 12, 2011

sebenarnya apa?

assalammualaikum..

Lepas publish entri untuk Wordless Wednesday tadi, zyla terus mandi dan bersiap untuk ke kolej pukul 11 pagi nanti. Malam tadi dan sebelumnya semua kerja zyla tak siap pon! Zya tak tahu kenapa.. ni pun ada benda lagi nak buat.. tapi entah kenapa fokus zyla tak ada. Langsung!

Zyla sendiri tak faham.. apa masalah zyla yang sebenarnya. Kalau masalah biasa tu zyla boleh terima lagi. tapi ni, hati sentiasa tak sedap je.. Lagi satu yang buat zyla poning kepala ni.. lappy ni pun macam nak buat hal je.. sabar lah sayang, UBS tak lama dalam ni.. nanti zyla buanglah.. 

zyla tak macam dulu lagi. Kalau ada masalah zyla masih lagi boleh bawa bertenang. Relaks je. Tapi sekarang ni dada pun dah naik sendat dah. Nak mengadu??? ada ke orang akan faham? sampai zyla decide cuti nanti tak nak balik Sarawak, walaupun belum cakap lagi kat parents zyla sure diorang tak setuju punya.. zyla akui, zyla kira bertuah sebb tiket kapal terbang pun MARA yang tanggung tau.. tak buat apa pun cuti sem nanti duit elaun masuk jugak.. tapi itu semua bukan perkara yang membahagia kan zyla. 

zyla tak suka macam ni.. Sabtu dan Isnin ni zyla ada test.. Macro dan Financial Account.. zyla akui, last sem zyla tak perform baik.. so azam sem ni zyla nak yang terbaik.. at least boleh tebus kegagalan last sem. alhamdulillah, sepanjang sem ni zya taklah jad seteruk last sem... boleh relaks lagi.. 

apa nak buat??? zyla dah pening ni... zyla tau tak ada sapa yang boleh tolong melainkan zyla sendiri kan??

so mulai saat ni kene ketepikan masalah bila menghadap buku.. kalau diikutkan memang banyak kerja pun, zyla je yang buat-buat tak banyak kerja.. dan lappy and also my Sony Eicsson jangan  buat hal dulu k.. nanti cuti nak buat hal buatlah.. zyla tak tension masa tu..

Pagi-pagi lagi dan lauhkan perasaan yang kurang senang ni.. 



Bagi yang menyapa kat shoutmix, jangan rsau.. hujung minggu nanti zyla akan terjah korang balik... 








wordless wednesday- 12/10/2011



assalammualaikum dan selamat pagi...

Hari Rabu dah datang..

maknanya tinggal 2 hari lagi..

tapi Sabtu  ada test

Isnin pun sama..

2,3 hari ni rasa tak sedap hati,

kepala runsing dan perut rasa sebu je..

kenapa??

hmmm...

but still having fun bila berpuasa dengan kawan-kawan,

masak sama-sama 

kenyang pun sama-sama.

rindu?

i dont think so.

Dia pun cakap tak sedap hati..

katanya

"macam-macam benda yang tak best berlaku"

u right my dear. 

nak buat apa pun tak ada mood..


Monday, October 10, 2011

Segmen Jom Tukar dan Kenal Rakan Blogger.

assalammualaikum... dan selamat pagi... selamat memulakan hari Isnin kepada sahabat semua dan hari Isnin zyla masih bermula lagi...hehe..

tadi scroll2 dashboard tengok en. Izzat kita ni buat segmen... lepas tu zyla ignore sekejap sebab sibuk nak cari fakta tentang kejadian bulan semalam.. lepas dah jumpa, zyla tengok balik kat Dashboard dan terus terjah blog dia... Menarik !! Itu je yang zyla boleh katakan.. so apa lagi.. Joinlaaa...


kalau nak join... (sini)


haa.... pasal blogger Izzat ni zyla memang selalu terjah blog dia dan zyla rasa blog dia paling zyla selalu komen berbanding yang lain.. hehe.. apapun tentang blog zyla ni tak ada apa yang menarik. sebab zyla pun tak pernah buat segmen, bukan jual barang cuma sekarang ni zyla mula aktif dalam penulisan cerpen. (sini)


kalau yang follow zyla memang zyla akan follow balik.. Insya Allah. Blogwalking?? selalu jugak tapi blog-blog yang zyla dah follow... belum pernah buat offer kat wall blogger utk buat blogwalking dan aktiviti " Follow menfollow ni".. dan alhamdulillah sepanjang berblog ni zyla dah ada ramai sahabat yang zyla kerap jugak kunjungi mereka. dan zyla pun bercadang nak buat bloglist sahabat sakura nanti. sekarang belum free lagi.. (^_^). 

Saturday, October 08, 2011

Ramaikan Follower, Tambahkan Pembaca.

assalammualaikum...

hari ini entri zyla hanyalah untuk join segmen-segmen yang dianjurkan oleh blogger. No talk today! maksudnya tak ada apa yang zyla nak tulis hari ini sebagai catatan peribadi.. Alhamdulillah semuanya seperti berjalan dengan lancar. I hope so. Tapi satu je yang zyla terkejuz.. rupanya saat zyla sedang menaip entri ni azan Zuhur sudah berkumandangan..

Tadi jalan-jalan kat blog KAK SU, pemilik blog Istana Biru... nape panggil dia kak su?? sebab zyla tengok nama url blog dia.. hehe..

oky2.. bukan tentang kak su yang zyla nak bebel kat sini..tapi nak join segmen dari Hasrul Hassan. Zyla baru je kenal blogger ni.. apapun.. nak join jugak!




nama blog ni... Laman Sakura Puteri.

tuan punya blog.. Fathin Fazila Razali a.ka. Zyla.

mula berblog 4 Mac yang lalu.. newbie lagi.

alhamdulillah follower dah 224 orang.

tak suka orang follow je tapi lebih suka kalau ada yang komen kat entri 

tak follow pun tak apa

janji sudi komen apa yang zyla tulis.

(^_^)

Pencarian 50 Blogger oleh Chegu Zubir

assalammualaikum..

Selamat hari cuti buat semua..macam biasa pagi-pagi lagi zyla dah online untuk melihat apa saja yang ada kat wall Blogger.. sekarang makin banyak kan wall Blogger, Sahabat lah, kaki Pinglah, Diari sahabat lah.. adui2.. tapi yang bestnya jumpa jugak blogger yang sama. tapi tak apa. 

memang niat nak buat blogwalking lepas entri ni nak jenguk kat dashboard lagi. 

hari ni nak join segmen ni... Pencarian 50 Blogger... jumpa segmen ni kat wall Blogger... 





chegu Zubir buat segmen ni sekadar untuk eratkan lagi hubungan antara blogger. Walaupun kita kat dunia blogger ni hanya berhubung melalui alam maya ini tapi hakikatnya silaturrahim antara kita pun kene jaga jugak. 

kata-kata untuk mereka yang datang ke blog ni... 

selamat membaca ke Laman Sakura Puteri. tuan nya baru saja berusia 19 tahun. Belum cukup matang lagi dalam penulisan ni. Kalau ada yang sudi follow terima kasih, dan kalau ada yang buruk disini, silakanlah untuk menegur. "

Friday, October 07, 2011

kesibukkan ittu ada baiknya.

assalammualaikum...


wah!!!! Jumaat yang ditunggu sudah tiba. Alhamdulillah, sebab kita masih diberi kesempatan untuk bersua kembali di hari yang penuh keberkatan ni.. :"). korang pulak apa khabar hari ni? bagi abg-abg dan kakak-kakak yang dh konvo tu zyla ucapkan selamat maju jaya di masa hadapan dan tahniah, akhirnya usaha dan penantian selama ni dah membuahkan hasil. dan kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang masih lagi berada di IPT korang pun jangan sesekali berputus asa untuk teruskan perjuangan k. tak lupa jugak kata-kata semangat untuk adik-adik yang dah lepas UPSR, tengah hadapi PMR dan yang menunggu untuk SPM.. jangan mudah mengalah.. ilmu itu terlalu indah untuk dicintai.


hari ni zyla sekadar nak catat luahan hati zyla je. seharian ni sibuk dengan urusan menuntut ilmu dan sekarang ni pun baru nak rehat. Kejap lagi nak mandi dan lepas tu nak hasilkan cerpen untuk sambungan Cerpen Adik dan share kat FB untuk bacaaan adik-adik zyla. 

Seharian ni memang sibuk dari pagi sampai petang ni tadi. langsung tak fikir apa-apa. bila dah semua urusan selesai.. baru zyla terasa sesuatu. selama beberapa jam yang lalu zyla langsung tak terfikir apa-apa yang membuatkan mood zyla akan menjadi sedih secara tiba-tiba.. syukur, kesibukan zyla hari ni melalaikan zyla dari berfikir yang bukan-bukan dan menghalang hati ini dari terus mengingati seribu satu persoalan yang singgah di kotak minda ni. dan sekarang baru zyla faham bila orang katakan kalau nak lupakan kesedihan tu kita kene sibukkan diri. tapi dalam sibukkan diri jangan pulak diri sendiri dan tanggungjwb wajib kita tinggalkan...


apapun, esok bermulanya hari rehat buat zyla. ").. Insya Allah kalau ada apa-apa yang nak dikongsikan lagi zyla akan share kat sini.. 

selamat bercuti untuk semua. 






berharap zyla akan tersenyum selalu seperti kartun di atas.