Saturday, July 30, 2011

kak long dan adik-adik...


table zyla.

masa utk F-O-K-U-S sudah tiba.

minggu depan adik zyla yang nak SPM tu dah nak pra SPM... 

kepada adik along yang along sayang n rindu..

Fahim, Syafiq n Fiqri 
yang berada di MRSM & SM. Vokasional Betong..

good luck utk exam..
teruskan usaha  adik2 buat yang terbaik.
genggamlah tangan along
smpai ke garisan yang terakhir,

bersandarlah pada badan along bila adik2 rasa keletihan.
peluklah along sereratnya bila adik2 rasa along semakin menjauh.

utk Nadia,
senyumlah sentiasa.
usah dirindu along yang berada di kejauhan ini.

adik-adik along
ingatlah along sentiasa mengingati dan menyayangi kamu semua.
apa yg along usahakan hari ini adalah utk kamu dimasa akan datang.

terima kasih adik-adik along,
kerana sudi menyambut along dikala along rapuh melalui setiap detik hidup along,

terima kasih adik-adik along,
kerana sudi mengusap air mata along dikala along bersedih hati.

terima kasih adik-adik along.
untuk kasih sayang dan cinta yang kamu berikan utk along..


p/s: sayangilah adik-adik yang kita ada. walaupun seorang ttpi merakalah insan yang akan sentiasa berada di belakang kita. merekalah yang akan menunggu kepulangan kita dan mereka jugalah yang akan menghantar pemergian kita.

jangan sesekali membuatkan adik-adik kita merasa diri kita jauh dari kita,
jangan sesekali membuatkan adik-adik kita membenci kita,
jangan sesekali bersikap pilih kasih antara adik-adik kita,
jangan bandingkan kebolehan mereka.
kerana setiap mereka punya kebolehan yang berbeza.. 


 tahukah kamu,
apabila kita tidur keletihan 
adik-adik kita akan menjenguk kita
dan berkata di dalam hati mereka
" kesian abg / kakak"

tahukah kamu,
bila kita berada berjauhan daripada mereka,
setiap saat mereka mengingati kita
dan mengharapkan kita akan pulang segera

tahukah kamu
kadang-kadang adik-adik kita malu untuk mengatakan betapa mereka menyayangi kita.
sedangkan mereka sentiasa ingin kita tahu betapa mereka menyayangi kita

tahukah kamu,
kadang-kala adik-adik kita ingin sekali merasa pelukan dan sentuhan kita?

tahukah kamu,
adik-adik kita lebih senang dan seronok apabila kita membelanjakan duit kita sendiri utk mereka berbanding dengan kedua ibu bapa kita

tahukah kamu,
adik-adik kita berkecil hati apabila kita leka  berbalas SMS dengan pasangan kita?
tanpa memperdulikan renggekkan mereka?

tahukah kamu,
adik-adik kita akan bermurung
jika dalam sejam kita tidak memanggil namanya.

tahukah kamu 
betapa seronoknya adik2 kita 
bila kita hanya tersenyum utk mereka disetiap pagi.

tahukah kamu,
adik2 kita akan merasa lebih kenyang bila kita sudi menyedukkan nasih utk mereka..

tidak percaya..
cubalah..
sayangi adik2 kita lebih dari segalanya
peluk dan ciumlah mereka.

kerana adik-adiklah insan yang paling layak bertakhta di hati kita sebelum sesiapa selepas ibu bapa kita.
kerana adik-adiklah kehidupan kita tidak akan pernah sunyi.

genggamlah seeratnya tangan mereka sehingga mereka berjaya mencapai cita2..

katakanlah kepada mereka
bahawa
andalah insan yang mereka boleh percayai

sesungguhnya saya amat bertuah di dunia dan akhirat ini
kerana bersama dengan adik-adik yang begitu dekat dihati mereka

dan yang membuatkan saya terharu bila mereka katakan kepada sahabat mereka
kak longlah satu2nya kakak yang amat mereka sayangi dan percayai dalam hidup mereka.
kak longlah sahabat, musuh dan cikgu pertama mereka.

dan kak longlah insan pertama yang menjadi sahabat mereka.. 

saya amat mensyukuri kehadiran adik-adik saya..
anda bagaimana?




2 comments:

asnizaziz said...

sedihnya bila kte baca ni..teringat kat adik, kte selalu buli dia..huhu

Zyla said...

Kalau setakat buli biasa2 ta pe.. jgn buat diorg kecik hati dgn kita.. zyla pun dulu tak baik sgt sbb tak tahu mcm mana nak jadi kakak yang baik ni. tapi bila dah mbesar ni zyla makin phm